[VIDEO] Aktiviti 'role play' guna gabus, kadbod untuk simulasi ibadah korban, tingkat perkembangan kognitif kanak-kanak


  • Bonda
  • Rabu, 04 Jun 2025

Sekitar simulasi tentang aktiviti korban pada Hari Raya Aidiladha di Raudhah Children Centre Putrajaya. — Raudhah Children Centre Putrajaya

PENDEKATAN kreatif melalui aktiviti lakonan semula atau roleplay sememangnya antara kaedah berkesan dalam merangsang perkembangan kognitif kanak-kanak.

Aktiviti itu bukan sahaja memberi ruang kepada anak-anak untuk mempelajari ilmu sambil berhibur, malah turut membantu meningkatkan kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah serta menggalakkan komunikasi dua hala.

Menerusi video dikongsikan guru di Raudhah Children Centre di Putrajaya baru-baru ini, pendekatan itu digunakan sebagai simulasi korban sempena menjelang Hari Raya Aidiladha 2025/1446H pada Sabtu ini.

BACA LAGI: [VIDEO] Tiada keperluan pun anak-anak sekolah rendah miliki telefon pintar — Pakar Motivasi

BACA LAGI: [VIDEO] Cadar baldu merah tekatan benang emas masih jadi penyeri majlis perkahwinan di Perak, sarat estetika klasik

Dalam video sama, kelihatan sekumpulan kanak-kanak diajar cara membersihkan dan memotong daging korban dengan betul.

Simulasi itu turut dilakukan mengikut situasi sebenar ketika aktiviti gotong-royong selepas daging korban disembelih.

Menariknya, bahan simulasi yang digunakan jelas menunjukkan kreativiti para pendidik untuk menjadikan sesi pembelajaran lebih efektif.

'Daging' yang terlihat itu sebenarnya bukanlah daging sebenar, tetapi ia dihasilkan menggunakan gabus dan kadbod.

"Gabus dipotong menjadi ketulan kecil dan kadbod seperti bentuk kepingan daging.

"Kemudian ia diwarnakan dengan campuran warna air merah dan coklat untuk menyerupai seperti daging segar," tulisnya.

Video itu secara tidak langsung memberi idea kepada ibu bapa untuk menjadikan ia aktiviti menarik untuk dilakukan bersama anak di rumah.

"Bagusnya cikgu mengajar anak murid macam ini sebab saya tengok di Jepun juga cara pembelajaran begini," sokong @shemadd71. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram