
PENGGUNAAN gajet seperti telefon pintar dalam kalangan kanak-kanak dilihat terus menjadi perdebatan hangat sehingga menimbulkan kebimbangan ibu bapa.
Meskipun kecanggihan teknologi itu dianggap sebagai keperluan generasi moden kini, namun, ia secara tidak langsung mampu memberi impak negatif kepada mereka.
Menurut pakar motivasi, Akhi Fairuz Al-Jengkawi, perkara tersebut sebenarnya amat subjektif dan penggunaan gajet adalah bergantung kepada keperluan sebenar.
BACA LAGI: [VIDEO] Rapat sejak kecil, Mekyun hanya mampu senyum walau sebak 'lepaskan' Abe Wee kahwin
BACA LAGI: Tiba masanya semua platform media lebih beretika, bukan kaut untung semata-mata — Fahmi Fadzil
Baginya, anak-anak yang masih bersekolah rendah tidak digalakkan untuk memiliki mahupun diberikan telefon pintar.
"Tak ada keperluan pun. Kalau kita kata senang dia nak belajar. Dia belajarkah? Kan tanya kawan? Bukan dia main game?.
"Sebab itu kita perlu faham, kalau bukan keperluan, tak perlu. Biar kawan-kawan dia berusaha dengan kita.
"Walaupun memang banyak kerja, tetapi sekurang-kurangnya anak-anak ini dia tak jadi pelik," tulisnya menerusi hantaran di Facebook baru-baru ini.
Katanya, ditambah lagi dengan ketagihan pada penggunaan media sosial yang mampu memberi pengaruh negatif kepada pemikiran mereka.
Pendedahan kepada trend yang tidak sesuai seperti konten seksual, unsur komuniti LGBTQ+ dan bahasa kasar juga boleh mempengaruhi sikap kanak-kanak.
Katanya lagi, pelajar sekolah rendah seharusnya lebih fokus kepada pelajaran dan kemahiran diri.
Ketagihan media sosial mampu memberi impak negatif kepada kanak-kanak. — Gambar hiasan/Agensi
Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa pemantauan yang ketat daripada ibu bapa sangat penting apabila sudah memberi pelepasan gajet kepada anak-anak.
"Bila kena pantau, peraturan perlu ada, apa yang boleh apa tidak, waktu bila boleh guna, simpan, berapa jam, muat turun pautan keluarga atau tidak, banyak perkara perlu ibu ayah buat apabila anak ada telefon pintar.
"Paling risau bila anak dah mula tengok pornografi hingga ketagih. Habis rosak anak kita.
"Itu belum lagi dia ikut trend tidak berfaedah, ikut pempengaruh yang tidak memberi manfaat sebutir habuk, buat buli siber pada orang lain atau dia yang jadi mangsa hinggalah tahap menjejaskan kesihatan mental mereka," jelasnya.
Justeru, beliau menasihatkan para ibu bapa untuk bertindak lebih rasional sebelum memberi anak mereka gajet dalam usia muda. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram