Pulang rumah hanya seminggu sekali, gadis YouTuber Jepun raih perhatian kongsi aktiviti harian sebagai pemandu lori


  • Sukses
  • Khamis, 05 Jun 2025

Kana juga pernah aktif dalam sukan bola sepak sebelum meneruskan kerjaya sebagai pemandu lori. — Agensi

BERTUBUH kecil dan usia muda tidak menghalang seorang wanita di Jepun untuk bekerja dalam bidang logistik.

Hanya dikenali dengan nama Kana, wanita berusia 27 tahun itu meraih perhatian ramai apabila memilih kerjaya sebagai pemandu lori.

Gadis dengan ketinggian 146 sentimeter (cm) yang memandu lori selama enam tahun itu juga berani memecahkan streotaip dalam profesion tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Struggle' simpan stok, Tya Arifin pecah tangis, kecewa lepas tengok susu badan rosak ketika pulang dari London

BACA LAGI: 'Reaksi awak keterlaluan, tiada apa pun sebenarnya', antara 6 ayat 'pedas' boleh tamatkan hubungan cinta

Kana berkongsi dunia pekerjaannya di YouTube. — Agensi

Kana juga dikenali selepas rajin berkongsi kehidupannya di akaun YouTubenya 'Track Girl Kanachannel' dengan lebih 245,000 pengikut.

Rutin hariannya ketika bekerja dan gambaran di belakang tabir tentang sektor logistik di Jepun juga didokumentasikan dalam video di YouTube sejak 2020.

Mengenali serba sedikit tentang peribadinya, Kana ternyata pernah aktif dalam dunia bola sepak wanita dan bekerja sambilan di syarikat perkhidmatan gudang logistik.

Pengalamannya itu secara tidak langsung membolehkannya melibatkan diri secara meluas dengan pemanduan kenderaan berat.

Bukan itu sahaja, Kana yang juga pernah mendaftarkan diri ke institut kecantikan profesional selepas tamat pengajian menyedari bahawa persekitaran kerja yang kompleks tidak sesuai buatnya.

Kana juga lebih gemar dengan gaya hidup yang lebih bebas dan fleksibel.

Gadis itu juga memutuskan untuk meneruskan kerjayanya selepas melakukan latihan pemanduan.

Kisahnya juga mendapat perhatian warga maya. — Agensi

Setakat ini, dia menguruskan laluan penghantaran tetap di dua bandar utama Jepun iaitu antara Saitama dan Kyoto.

Perjalanan itu juga mengambil masa selama 13 jam pemanduan dan menyebabkan dia pulang ke rumah hanya seminggu sekali.

Baginya, inudustri logisitik sangat menarik dan mampu melatih kekuatan fizikal dan semangatnya setiap kali memandu.

Kana pada masa sama berharap agar kisahnya juga dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai golongan wanita muda untuk mempertimbangkan kerjaya itu.

"Logistik tidak seharusnya hanya bergantung kepada buruh yang tua.

"Saya mahu orang ramai melihat bahawa kerja ini menarik dan bermakna," jelasnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram