Pakai kasut tumit tinggi lebih 5cm boleh kena saman? Jangan masuk pekan kecil ini tanpa mengetahui peraturannya


  • Gaya
  • Selasa, 20 Mei 2025

Wanita tidak dibenarkan untuk memakai kasut bertumit tinggi melebihi dua inci di Carmel-by-the-Sea, California, Amerika Syarikat.

BAGI wanita yang bergaya bergaya dengan kasut tumit tinggi, anda mungkin perlu berfikir dua kali sebelum melangkah masuk ke bandar kecil Carmel-by-the-Sea, California, Amerika Syarikat.

Ini kerana, bandar pesisir yang terkenal dengan pemandangan romantik dan seni bina unik itu mempunyai undang-undang luar biasa yang melarang pemakaian kasut bertumit tinggi melebihi dua inci (kira-kira 5 sentimeter) kecuali jika anda mempunyai permit rasmi daripada pihak berkuasa tempatan.

Peraturan pelik itu bukan sekadar mitos atau bahan jenaka media sosial tetapi ia adalah undang-undang sebenar yang diluluskan sejak 1963.

BACA LAGI: Ramai suami tak tahu, ibu susukan anak berhak terima upah — Kaunselor Laktasi

BACA LAGI: Kahwin bukan sekadar cinta! Si bujang 'take note' nasihat orang berpengalaman sebelum dirikan rumah tangga

Walaupun jarang dikuatkuasakan oleh polis, sesiapa yang melanggar peraturan itu secara teknikalnya boleh disaman sekiranya berlaku insiden seperti tersadung atau terjatuh.

Permit tersebut dikeluarkan secara percuma oleh pejabat bandar.

Ia menjadi cenderahati unik dalam kalangan pelancongterutama wanita yang mahu tetap bergaya walaupun berjalan di atas laluan berbatu, denai tanah dan kaki lima yang tidak rata akibat akar pokok tua seperti pokok pain dan cypress.

Undang-undang itu bukanlah untuk memenuhi gaya, tetapi lebih kepada tuntutan saman terhadap bandar jika berlakunya undang-undang yang berlaku di permukaan jalan yang tidak sesuai.

Undang-undang berkenaan diperkenalkan oleh Peguam Bandar sebagai langkah perlindungan untuk Carmel-by-the-Sea.

Lebih mengejutkan, Carmel-by-the-Sea juga pernah mengharamkan memakan aiskrim di kawasan pusat bandar semata-mata kerana tidak mahu jalanan menjadi melekit.

Jelas, bandar itu mempunyai pendekatan tersendiri dalam menjaga suasana dan keselamatan.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter , Facebook , Instagram , WhatsApp Channel dan Telegram