
DENGAN memakai skirt berlapis, selendang berwarna-warni dan topi bowler ikonik, sekumpulan wanita Aymara pribumi dari Bolivia kini mencipta sejarah dalam dunia pendakian.
Dikenali sebagai Cholita Mountaineers, mereka bukan sahaja menawan puncak-puncak tertinggi dunia seperti Everest, malah turut membawa bersama semangat budaya yang tidak pernah luntur.
Segalanya bermula pada 2015 di kaki gunung Huayna Potosi berketinggian 6,088 meter berhampiran La Paz, Bolivia.
BACA LAGI: Anak hilang minat bersosial akibat ketagih gajet, pengurangan ‘screen time’ pulihkan semula hubungan
Ketika itu, kebanyakan daripada mereka bekerja sebagai tukang masak dalam ekspedisi pendakian.
Namun, seorang wanita bernama Lidia Huayllas, ketika itu berusia 50 tahun, tampil dengan satu idea luar biasa iaitu mereka sendiri akan mendaki gunung tersebut.
"Kita naik sendiri dan lihat bagaimana rupa puncaknya," kata Lidia kepada rakan-rakannya.
Pada mulanya, ramai tidak mempercayainya akan tetapi empat orang menyahut cabaran tersebut dan apabila mereka berjaya sampai ke puncak, yang lain pun turut-serta.
Apa menjadikan pendakian begitu istimewa bukan hanya siapa mereka, tetapi bagaimana keempat-empat individu itu melakukannya.
Tidak seperti kebanyakan pendaki yang mengenakan pakaian teknikal moden, mereka memilih untuk terus memakai pakaian tradisional Bolivia.
"Kita mendaki dengan memakai pollera dan skirt tradisional, naik sebagaimana identiti kita.
"Saya beri nama kepada kumpulan kita iaitu Cholita Mountaineers. Orang kenal kita melalui budaya. Kita tak pernah hilang identiti itu," tegas Lidia.
Dengan setiap kejayaan menawan puncak gunung, kumpulan wanita hebat itu membuktikan bahawa kekuatan sebenar bukan datang daripada meninggalkan tradisi, tetapi daripada membawanya bersama dengan penuh kebanggaan hingga ke kemuncak dunia.
Untuk info, Cholita Mountaineers bukan sekadar pendaki, mereka adalah simbol keberanian, warisan dan wanita yang memperjuangkan ruang di tempat selama ini dimonopoli oleh lelaki. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram