Anak hilang minat bersosial akibat ketagih gajet, pengurangan ‘screen time’ pulihkan semula hubungan


  • Maya
  • Selasa, 03 Jun 2025

Mengurangkan masa dengan skrin memberi lebih ruang untuk berhubung dengan keluarga dan rakan. — Gambar Hiasan

SUDAH menjadi kebiasaan apabila anda menegur anak-anak dan pasangan supaya meletakkan peranti mereka ketika waktu makan, pada waktu malam dan hujung minggu.

Anda sendiri berasa letih dan 'burn out' selepas seharian terdedah kepada skrin.

Jadi, bagaimana anda boleh menggalakkan masa tanpa teknologi untuk keluarga dan mengurangkan masa penggunaan skrin terutamanya kepada anak-anak.

BACA LAGI: Langkah pertama ke pentas antarabangsa, Lilanz dedah kenapa pilih Malaysia sebagai butik antarabangsa pertama luar China

BACA LAGI: Fahami 'bahasa' kutleri, ini maksud tersirat perletakan sudu, garpu di meja makan

Telefon pintar, konsol permainan dan skrin kini berada di mana-mana tidak kira sama ada di rumah, bilik tidur, pejabat, kenderaan, malah di poket dan beg tangan kita.

Walaupun alat elektronik itu berguna dan menghiburkan, masa yang kita habiskan dengannya boleh menjadi satu masalah.

Cuba fikirkan, bila anda menggunakan peranti, pasti akan terlepas sesuatu yang lain.

Adakah ‘sesuatu’ itu penting bagi anda? Mungkin anak, pasangan, senaman, kerja, kerja rumah atau hobi.

Ramai orang merasakan seperti ada kekosongan dalam hidup dan mungkin itu adalah keinginan yang tidak dikenalpasti untuk hidup dengan lebih bermakna.

Mengurangkan masa dengan skrin memberi lebih ruang untuk berhubung dengan keluarga dan rakan.

Berikut adalah empat manfaat utama dari segi kesihatan dan kesejahteraan apabila anda mengurangkan masa depan skrin:

Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang terlalu banyak menonton televisyen mempunyai risiko lebih tinggi untuk menjadi gemuk. — Gambar Hiasan

1. Tingkatkan kesihatan fizikal anda

Anda sedia maklum bahawa aktiviti fizikal baik untuk kesihatan, tetapi penggunaan peranti boleh mengurangkan masa untuk bersenam.

Sukar untuk mengekalkan gaya hidup sihat jika terlalu banyak masa dihabiskan di depan skrin.

Menghadkan masa menonton televisyen mempunyai banyak manfaat, terutamanya kepada kanak-kanak.

Antaranya termasuk mencegah obesiti serta penyakit berkaitan berat badan berlebihan seperti diabetes jenis dua dan penyakit jantung.

Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang terlalu banyak menonton televisyen mempunyai risiko lebih tinggi untuk menjadi gemuk.

Selain itu, masa yang biasanya digunakan untuk menonton televisyen boleh digantikan dengan aktiviti fizikal menyeronokkan seperti bermain atau bersenam, sekali gus membantu membebaskan tenaga dan meningkatkan kesihatan tubuh badan.

Aktiviti tanpa skrin boleh jadi sama menyeronokkan dengan apa yang anda lihat di dalamnya. — Gambar Hiasan

2. Luangkan masa untuk bermain dan meneroka

Meneroka dan belajar tentang dunia adalah sebahagian penting dalam hidup.

Kanak-kanak memang secara semula jadi suka ingin tahu, dan orang dewasa pun boleh menjadi pelajar sepanjang hayat.

Daripada habiskan masa di hadapan skrin, cubalah aktiviti baru bersama keluarga.

Contohnya seperti berbasikal, berjalan kaki, lawat taman permainan, muzium atau mengeksplorasi alam semula jadi.

Aktiviti tanpa skrin boleh jadi sama menyeronokkan dengan apa yang anda lihat di dalamnya.

Cuba mewarna, membaca, membuat kraf atau aktiviti lain yang menggunakan imaginasi anda.

Kurangkan masa dengan skrin lebih banyak ruang untuk bermain dan beraktiviti secara kreatif.

Satu kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak tidak menggunakan peranti selama lima hari lebih mahir mengenali emosi wajah. — Gambar Hiasan

3. Bina hubungan sosial yang lebih erat

Hubungan sosial penting untuk kita rasa dihargai dan disayangi.

Kanak-kanak memerlukan perhatian dan rasa kehadiran dari penjaga mereka, manakala orang dewasa pula mendapat sokongan emosi daripada keluarga dan rakan.

Tetapi peranti boleh merosakkan hubungan itu.

Apabila ibu bapa terlalu fokus pada skrin, anak-anak mungkin rasa seperti perlu ‘bersaing’ untuk mendapat perhatian.

Tapi bila anda letak peranti dan beri tumpuan penuh, ikatan kekeluargaan boleh menjadi lebih kuat.

Satu kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak tidak menggunakan peranti selama lima hari lebih mahir mengenali emosi wajah dan membaca bahasa tubuh berbanding kanak-kanak yang kekal menggunakan skrin seperti biasa.

Kurang masa skrin anda akan lebih mahir dalam interaksi sosial secara bersemuka.

Kemurungan dan kebimbangan boleh menyebabkan seseorang menjauhkan diri daripada orang lain. — Gambar Hiasan

4. Tingkatkan mood dan kesejahteraan emosi

Meletakkan telefon dan meluangkan masa di luar rumah atau melakukan aktiviti menyeronokkan boleh menceriakan hari anda.

Kemurungan dan kebimbangan boleh menyebabkan seseorang menjauhkan diri daripada orang lain.

Tapi dengan menyertai aktiviti sosial dan melibatkan diri dalam dunia nyata, kita boleh mengurangkan simptom-simptom ini. Kanak-kanak yang banyak melihat skrin cenderung untuk mempunyai masalah tingkah laku dan sukar memberi tumpuan. Mengurangkan masa skrin boleh membantu mereka lebih fokus.

Pendedahan kepada kandungan ganas dalam media juga boleh menyebabkan kebimbangan, kemurungan dan persepsi bahawa keganasan adalah cara menyelesaikan masalah. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram