Comel kenakan pakaian sedondon bersama si kecil, Dr. Amalina selamat timang puteri kedua


  • Bonda
  • Selasa, 03 Jun 2025

Dr. Amalina menimang cahaya mata perempuan kedua yang dinamakan Aurora Sienna selepas Arabella. — Instagram/@dramalinabakri

PAKAR bedah kelahiran Malaysia yang kini berkhidmat di London, United Kingdom (UK), Dr. Amalina Che Bakri selamat melahirkan cahaya mata keduanya baru-baru ini.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh beliau menerusi satu hantaran di Instagram pada Isnin, disertakan gambar dirinya menggendong bayi perempuan berlatar belakangkan mercu tanda ikonik London, Big Ben.

"Daripada tiga orang ahli keluarga kepada empat orang. Perkenalkan kesayangan baharu kami, Aurora Sienna," tulisnya ringkas.

BACA LAGI: [VIDEO] Trauma dikurung di bilik gelap, Miss Somalia perjuang hapus tradisi FGM

BACA LAGI: Nikmati fasa berdua, 'masjid hoping', cuba resipi baharu antara aktiviti semarak cinta suami isteri belum dikurniakan zuriat

 

Dr. Amalina atau nama sebenarnya Nur Amalina Che Bakri turut menzahirkan rasa syukur atas kelahiran bayi keduanya serta menyatakan bahawa puteri sulungnya kini teruja untuk memainkan peranan sebagai seorang kakak.

"Arabella teruja untuk menjadi kakak. Alhamdulillah," tambahnya.

Di sebalik kegembiraan itu, kelahiran Aurora Sienna turut mencuri perhatian warga maya yang sudah lama mengikuti perjalanan hidup dan kerjaya wanita hebat tersebut.

Rata-rata daripada mereka menzahirkan ucapan tahniah kepada Dr. Amalina. Tidak kurang juga yang tertarik dengan pakaian sedondon yang disarung oleh kedua-dua ibu dan anak itu.

Beliau kini bertugas di salah sebuah hospital terkemuka di London. — Instagram/@dramalinabakri

Mengagumi sosok berkenaan, berikut lima fakta menarik tentang Dr. Amalina yang menjadi inspirasi ramai:

1.Dr. Amalina memperoleh 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2004, sekali gus mencatat rekod sebagai pelajar cemerlang kebangsaan.

2. Beliau melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di UK melalui tajaan kerajaan Malaysia dan seterusnya dan menjadi pakar bedah di sana.

3. Beliau juga terlibat dalam pembedahan adik Ainul Mardhiah yang menghidap ketumbuhan 'Germ Cell Tumour' seberat 200 gram (g) di mulutnya. Pembedahan dilakukan di sebuah hospital dekat London pada 2019.

4. Sejak 2017, Dr. Amalina menggunakan platform media sosial untuk menyampaikan maklumat kesihatan yang sahih, memperbetulkan mitos perubatan dan menggalakkan generasi muda mengejar cita-cita dalam bidang perubatan.

5. Beliau pernah tersenarai antara 10 doktor pakar pelatih surgikal terbaik di seluruh UK. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram