Wanita tak perlu murung, terasa hati, lakukan cara elegan ini hadapi sindrom 'ghosting'


  • Cinta
  • Isnin, 02 Jun 2025

Membahagiakan diri sendiri antara cara ideal untuk bangkit selepas berdepan situasi 'ghosting' oleh pasangan. — Gambar hiasan/Freepik

PERNAHKAH anda rapat dengan seseorang sama ada rakan atau pasangan, namun tiba-tiba mereka menghilangkan diri tanpa sebarang penjelasan?

Itulah realiti sindrom 'ghosting' iaitu senyap yang menyakitkan sehingga menjadi sebahagian daripada budaya komunikasi moden.

Pada masa kini, memutuskan hubungan tanpa ucapan selamat tinggal nampaknya terlalu mudah. 

BACA LAGI: Menitis air mata 'terserempak' wajah persis arwah nenek di Makkah, doa dimakbulkan

BACA LAGI: Lepas 'berhijrah' ke Pulau Siargao, Ben Amir buka Rasa Siargao perkenal masakan Malaysia

Namun, kesan emosi yang ditinggalkan boleh menjadi jauh lebih menyakitkan daripada perpisahan biasa.

"Ramai yang memilih untuk menghilangkan diri kerana tidak mahu berdepan dengan rasa cemas, perbincangan sukar atau konflik,” kata Ahli Psikologi Klinikal, Dr. Patrice Douglas dari Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Namun, menurut pakar psikologi, kita tidak perlu menunggu closure daripada si pelaku ghosting untuk berdamai dengan keadaan. 

Beranikan diri mesej semula untuk mendapatkan kepastian. — Gambar hiasan.

Berikut beberapa langkah membantu anda bangkit semula:

1. Beranikan diri bertanya tetapi bersedia tidak dibalas

Jika anda rasa hubungan itu bermakna, tidak salah untuk bertanya secara terus seperti, “Adakah semuanya okay?” 

Tetapi ingat, anda juga perlu bersedia untuk tidak menerima sebarang jawapan dan itu pun sudah cukup untuk anda bergerak ke hadapan.

2. Jangan kaitkan ghosting dengan nilai diri

Ghosting bukan cerminan siapa anda, tetapi bagaimana seseorang itu gagal berkomunikasi dengan matang.

Ia lebih menunjukkan kelemahan mereka untuk berterus terang, bukan kekurangan pada diri anda.

Buang kenangan lama yang mengingatkan anda kepada pelaku ghosting. — Gambar hiasan

3. Semak semula cerita yang anda cipta dalam fikiran

Minda mudah mencipta andaian negatif seperti tercetus persoalan seakan berasa tidak cukup baik atau dibenci. 

Ubah naratif itu dengan menanyakan semula kepada diri tentang mewujudan sebarang bukti yang menyokong andaian itu seperti,"Betul ke semua ni? Kita tak tahu apa alasan sebenar mereka."

Jadi, jangan terus menghukum diri sendiri dengan andaian yang tidak dapat dipastikan.

4. Tulis surat tetapi jangan hantar

Luahkan perasaan dalam bentuk surat untuk melepaskan rasa kecewa dan marah.

Ini bukan untuk dibaca oleh mereka, tetapi sebagai ruang selamat untuk anda memproses emosi dan mencari penutup secara sendiri.

5. Padam jejakmengundang luka lama

Buang mesej lama, gambar kenangan atau apa sahaja yang mengingatkan anda kepada mereka.

Jika perlu,  mute atau unfollow mereka di media sosial untuk lindungi kesihatan mental anda.

6. Hargai mereka yang masih ada

Daripada fokus pada sesuatu yang menghilang, berilah perhatian pada mereka masih kekal dalam hidup anda. 

Rakan, keluarga dan insan yang sentiasa menyokong andalah sumber kekuatan sebenar.  Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di  Twitter ,  Facebook ,  Instagram ,  WhatsApp Channel  dan  Telegram