Ramai lelaki sayang tapi tak pandai terus terang, ini 8 tanda ramai wanita terlepas pandang


  • Cinta
  • Isnin, 02 Jun 2025

Segelintir lelaki tidak tahu cara meluahkan, tetapi suka berada dekat dengan anda. — Gambar Hiasan

PERNAHKAH anda mengenali seorang lelaki yang jelas mengambil berat, tetapi sukar meluahkan rasa cinta dengan kata-kata?

Mereka hadir, membantu, peduli tetapi semuanya dilakukan dalam diam, tanpa sepatah pun ucapan cinta.

Ramai lelaki dibesarkan untuk menahan emosi, bukan menzahirkan kasih sayang. Namun, itu tidak bermakna mereka tidak menyayangi.

BACA LAGI: Menitis air mata 'terserempak' wajah persis arwah nenek di Makkah, doa dimakbulkan

BACA LAGI: Lepas 'berhijrah' ke Pulau Siargao, Ben Amir buka Rasa Siargao perkenal masakan Malaysia

Berikut adalah lapan tanda jelas seorang lelaki mungkin sedang mencintai anda tetapi tidak tahu cara menunjukkannya secara terbuka.

1. Lebih suka bertindak daripada berkata-kata

Lelaki seperti itu jarang mengucap 'Saya sayang awak,' tetapi akan memastikan kereta anda selamat, komputer anda dikemas kini atau urusan harian anda berjalan lancar.

Tindakan kecil itu adalah cinta yang diluah dalam diam kerana bagi mereka, perbuatan lebih bermakna daripada kata-kata.

Humor menjadi cara seseorang mengawal perasaan tanpa perlu menzahirkan segalanya. Gambar hiasan

2. Guna lawak atau sindiran untuk elak perbualan emosi

Apabila cuba berbual dari hati ke hati, lelaki mengalih perhatian dengan jenaka.

Itu bukan bermakna dia tidak serius, tetapi lebih kepada rasa tidak selesa membuka diri.

Humor menjadi pelindung iaitu cara dia mengawal perasaan tanpa perlu menzahirkan segalanya.

3. Sentiasa melindungi dalam cara tersendiri

Golongan jejaka juga akan pastikan pintu dikunci, jalan di sebelah luar atau angkatkan barang berat tanpa diminta.

Ia mungkin nampak kecil, tetapi bagi lelaki yang sukar meluahkan perasaan, inilah cara mereka berkata, "Aku ada untuk kau."

4. Sering luang masa bersama, elak perbualan mendalam

Mereka akan mengajak anda berjalan, membeli barang bersama atau tonton filem, namun jarang membuka topik berkaitan emosi.

Selain itu, mereka tidak tahu cara meluahkan, tetapi suka berada dekat dengan anda.

5. Teliti terhadap mesej, tetapi sukar mulakan bicara jujur

Lelaki ambil masa untuk membalas mesej, bukan sebab tidak peduli tetapi kerana bimbang tersalah kata.

Walaupun jarang memulakan perbualan, sebenarnya mereka sentiasa menunggu dan berharap anda faham isi hatinya.

Perhatian terhadap butiran kecil itu adalah cara mereka menunjukkan rasa sayang. Gambar hiasan

6. Ingat perkara-perkara kecil tentang anda

Dia tahu anda suka minum kopi dengan susu oat, mengingati nama kucing anda dan tarikh penting yang lain.

Perhatian terhadap butiran kecil itu adalah cara mereka menunjukkan rasa sayang tanpa perlu berkata apa-apa.

7. Tidak tunjuk kasih sayang di khalayak, tetapi lembut di ruang peribadi

Di luar, dia kelihatan kaku tetapi apabila berdua, dia berubah menjadi penyayang, manja dan lembut.

Ini berpunca daripada didikan atau kepercayaan sosial yang mengajar lelaki agar sentiasa nampak kuat.

Apabila rasa selamat, barulah dia mampu jadi dirinya yang sebenar.

8. Meletup atau menjauh apabila tertekan

Emosi yang dipendam lama-lama boleh meletup dalam bentuk marah atau senyap mendadak.

Jika dia tiba-tiba marah atau mendiamkan diri berhari-hari, itu bukan kerana tidak sayang.

Sebaliknya, itulah cara dia menanggapi tekanan yang tidak mampu dia suarakan secara sihat. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram