[VIDEO] 'Dah ada 'tiket' ke syurga pun tetap kejar cinta ALLAH', budak lelaki autistik kemas ruang solat di masjid tarik perhatian


  • Bonda
  • Khamis, 29 Mei 2025

Detik-detik Syukur mengurus masjid sebagai persiapan sebelum solat berjemaah. 

SEORANG kanak-kanak autisme dikenali sebagai Syukur, mencuri perhatian ramai apabila aksinya menguruskan ruangan masjid tular di media sosial.

Menerusi satu hantaran di laman TikTok, seorang pengguna, Anaqis memuat naik rakaman video memaparkan detik-detik Syukur membuka peluang satu persatu di saf hadapan serta menghidupkan kipas sebagai persiapan sebelum solat berjemaah. 

Tanpa sedar, tindakannya menggerakkan hati ribuan penonton yang rata-rata tersentuh dan merenung diri sendiri.

"Anak syurga, istimewa sungguh budi pekerti adik. Semoga ALLAH SWT permudahkan urusan dunia dan akhiratmu," tulis seorang pengguna, Mikato Walker.

BACA LAGI:  Nak beli rumah pertama? Ketahui 10 tip ini untuk elak tersilap langkah dan menyesal kemudian hari

BACA LAGI:  [VIDEO] Isteri, 2 anak kecil dipaksa mengemis, suami dikatakan mengalami masalah mental tenang merokok

@mr_anaqis walaupun dia istimewa,dia telah dijanjikan syurga oleh Allah,tetapi dia tetap memilih mentaati perintah Allah,sedangkan aku yg sempurna ni kadang2 culas dengan perintah Allah..semoga Allah merahmati abg Syukur..Ampuni dosa2 kami ya Allah#anaqisfamily #sindromededown PadaMu Ku Bersujud - dzaqrazky

Seorang lagi pengguna, Chakiya87 pula menganggap anak istimewa itu masih mengejar cinta ALLAH walaupun sudah dijanjikan syurga.

"Dia dah ada tiket ke syurga, tapi dia masih ingin mengingati ALLAH dengan caranya sendiri," katanya. 

Rata-rata komen turut mengaitkan tingkah laku Syukur dengan didikan yang baik daripada ibu bapanya, di samping menjadikan momen itu sebagai satu titik muhasabah diri.

"Hebat didikan mak ayah dia. Semoga syurga buat mak ayahnya juga," tulis Sha Locco .

Sementara itu, pengguna lain, Farhana meluahkan rasa malu dengan diri sendiri selepas melihat keikhlasan Syukur.

"Dia yang istimewa pun masih menjalankan tanggungjawab sebagai hamba ALLAH. Rasa malu. Ya ALLAH, awak pimpinlah aku untuk kembali sepenuhnya ke jalan-Mu," katanya. 

Tidak kurang juga yang mengaitkan tingkah laku Syukur dengan peluang besar yang dimilikinya sebagai ahli syurga, berbanding manusia biasa yang sering alpa.

"Kita yang cukup sifat pun belum tentu mampu buat macam dia. Rasa malu sangat," tulis Izuan .

"Anak syurga saja masih mengejar syurga. Kita yang tak punya apa-apa pun masih sombong dengan syurga ALLAH," kata Suzy Wani.  — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di  TwitterFacebook ,  InstagramWhatsApp Channel  dan  Telegram