
ANAK kepada pelakon legenda Indonesia terkenal Enny Beatrice, iaitu Tengku Nadira Adnan kini bertunang dengan jejaka pilihan, Teuku Agassi Revano Harsya dalam satu majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu.
Detik manis itu dikongsikan sendiri oleh Nadira yang juga merupakan anak kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam hantaran yang dimuat naik, kelihatan momen-momen eksklusif detik lamaran pasangan merpati dua sejoli itu yang dalam suasana penuh adat istiadat.
"Bismillah. Hari ini bermulalah perjalanan ke rumah sebenar," tulis Nadira, menzahirkan rasa syukur pada fasa baharu dalam hidupnya.
BACA LAGI: [VIDEO] Supermodel Britain turun Malaysia demi misi selamatkan harimau Malaya daripada terus pupus
Bersama kapsyen tersebut, Nadira turut meletakkan tarikh keramat 24.5.25, simbolik kepada permulaan rasmi hubungan mereka ke alam perkahwinan.
Pasangan sama cantik sama padan itu tampil anggun dalam persalinan sedondon berwarna biru muda.
Dalam foto lain yang turut dikongsikan, Nadira kelihatan memegang sekuntum bunga, sementara kedua-dua keluarga memegang dulang hantaran termasuk mas kahwin, simbol restu dan penyatuan dua hati.
Malah, majlis turut diserikan dengan kehadiran beberapa selebriti terkenal dari Indonesia yang turut menitipkan ucapan tahniah kepada pasangan itu.
Antara yang tampil memberikan ucapan termasuklah Ririn Ekawati, Sherry Jolieca, Zaskia Sungkar, Krisdayanti dan Febby Rastanty.
"Anak saya, doktor @Tengkunadiraadn, bagi saya anda adalah bintang terbesar. Selamat datang ke satu lagi perjalanan di hadapan. Bismillah, ya," tulis Krisdayanti.
"Sangat gembira. Semoga semuanya berjalan lancar untuk hari besar," tulis Annisa Yudhoyono.
"Tahniah, Saudara Agassi. Semua akan berjalan lancar untuk hari besar itu," tulis Sherry Jolieca. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram