
SEORANG lelaki warga emas ditemui tidak bernyawa ketika sedang bekerja di sebuah kebun di Jalan Orkid, Batu 7, Ijok, Bestari Jaya, Selangor pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin, berkata, mangsa berusia 63 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring di lokasi kejadian.
"Lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Ijok.
"Mayat dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat dan pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang unsur jenayah pada tubuh mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
BACA LAGI: Kereta rempuh puluhan penyokong Liverpool ketika perarakan trofi, Mo Salah kena kecam teruk
Beliau berkata, punca kematian disebabkan kecederaan pada kepala dan leher akibat dihempap objek berat iaitu buah sawit.
Katanya, kes juga diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sementara itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau balai polis berhampiran. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram