
POKOK hiasan dalam rumah memang ada daya terikan tersendiri kerana boleh segarkan ruang, tambah warna dan beri suasana yang tenang.
Tapi tak semua rumah sesuai untuk pokok hidup kerana ada yang tidak cukup cahaya, terlalu kering atau tuan rumah sendiri sibuk sampai lupa siram.
Jadi, ramai mula pilih pokok tiruan akan tetapi pokok plastik ini sesuai ke sebenarnya?
BACA LAGI: Manis mulut dengan orang sekeliling, isteri sendiri tidak diendahkan
Dulu, bila sebut pokok palsu, kita bayangkan daun plastik berkilat dekat kaunter bank atau klinik gigi.
Tapi sekarang ada banyak pilihan yang nampak tulen dan berkualiti tinggi sehinggakan kadang-kadang orang tak perasan pun itu bukan pokok betul
"Pokok tiruan bagus untuk ruang yang susah nak jaga pokok hidup contohnya tempat yang tak kena matahari atau kawasan luar yang nak gaya resort tropika,” kata pereka dalaman Laetitia Laurent.
Selain plastik, ada juga pokok kering atau diawet yang nampak lebih ‘natural’.
Misalnya eucalyptus berjuntai, bunga thistle dan amaranth anda tidak perlu siram tapi tetap cantik dan tekstur asal macam pokok betul.
Eucalyptus antara pokok kering yang nampak lebih ‘natural’ untuk hiasan dalaman rumah anda.
Tip pokok tiruan supaya tak nampak murah
1. Pilih yang tak terlalu ‘sempurna’
Kalau terlalu berkilat atau bentuk pokok terlalu simetri, orang boleh teka itu pokok palsu.
Cari yang ada bentuk semula jadi, warna sedikit berbeza-beza dan tekstur macam pokok sebenar.
2. Guna pasu cantik
Cara kita gayakan pokok itu sangat penting sebenarnya.
Guna pasu atau bekas yang sesuai dan ‘naikkan’ seri pokok itu kerana kadang-kadang pasu sahaja dah boleh buat pokok nampak mahal.
Di pasaran kini banyak pokok plastik yang nampak tulen dan berkualiti tinggi.
3. Lagi besar, lagi 'real'
Pokok besar macam pokok hiasan dalam pasu atau jenis bertangkai panjang lebih susah nak teka sama ada 'real' atau tidak.
Letak dekat sudut bilik, terus ruang nampak ‘hidup’.
4. Campur dengan elemen semula jadi
Jangan letak pokok tiruan semata-mata, anda perlu campur dengan barang lain yang asli macam kayu, batu atau daun kering.
Bila seimbang, ruang itu akan nampak lebih asli dan selesa.
5. Cuba pokok unik, bukan yang biasa
Nak lebih ‘wow factor’? Cari pokok hiasan dari bahan pelik sikit macam bunga logam atau daun suede.
Ia bukan tiruan yang cuba jadi pokok betul, tapi lebih kepada seni dan dekorasi.
Jangan lupa bersihkan pokok tiruan itu sebab kalau dah berhabuk memang pasti nampak plastik. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram