Bertugas lebih masa mahu bantu keluarga, ahli terapi raih gaji lebih tinggi bekerja di pusat kitar semula


  • Sukses
  • Isnin, 26 Mei 2025

Xiong menarik perhatian ramai apabila berkongsi rutin hariannya menguruskan bahan kitar semula.

SEORANG ahli terapi di China tular dalam media sosial selepas berkongsi kehidupannya yang bekerja sambilan di pusat kitar semula dan memperoleh pendapatan lebih tinggi berbanding pekerjaan utamanya.

Wanita berusia 26 tahun yang dikenali dengan nama keluarga Xiong itu bekerja sepenuh masa di jabatan pemulihan sebuah hospital swasta kecil di Chengdu, wilayah Sichuan, barat daya China.

Menurut Xiaoxiang Morning Herald, dia menarik perhatian ramai apabila berkongsi rutin hariannya menguruskan bahan kitar semula.

BACA LAGI: [VIDEO] Rumah 'biasa-biasa' kini bak 'suite' lima bintang, 'makeover' guna warna asas, tema kontemporari

BACA LAGI: Manis mulut dengan orang sekeliling, isteri sendiri tidak diendahkan

Hari Xiong di hospital bermula pada pukul 8 pagi dan tamat sekitar 5.30 petang.

Selepas tamat kerja, dia terus menuju ke pusat kitar semula diusahakan oleh ibu bapanya yang tertumpu kepada sisa logam.

Xiong membantu mereka mengasingkan, mengangkat, mengangkut dan menjual barangan kitar semula.

Xiong menerima gaji melebihi pendapatan tetapnya.

Mereka biasanya selesai sekitar pukul 9 malam dan pulang bersama-sama.

Selain bantuan daripada Xiong, ibu bapanya turut mengupah dua pekerja lain untuk mengendalikan mesin dan memandu lori.

Xiong menerima gaji sebanyak 4,000 yuan (kira-kira RM2,600) sebulan daripada hospital.

Walaupun dia tidak menerima gaji tetap daripada ibu bapanya, mereka sering memberinya wang belanja yang mana jika dijumlahkan, melebihi pendapatan tetapnya sebagai ahli terapi.

Kisah Xiong mencetuskan pelbagai reaksi positif dalam media sosial.

Katanya, dia sudah biasa dengan kerja berat di pusat kitar semula tersebut kerana telah membantu ibu bapanya sejak kecil.

"Ibu bapa saya mencari rezeki dalam bidang ini. Saya langsung tidak rasa keberatan,” katanya.

"Jika saya buat lebih, mereka boleh berehat sedikit. Lagipun, saya dah belajar satu kemahiran untuk terus hidup," tambahnya.

Hasil kerja keras selama bertahun-tahun, Xiong kini memiliki otot lengan yang kuat.

Menurutnya, sisa logam biasanya tidak sekotor jenis sisa lain.

"Saya bertukar-tukar peranan antara kerja tetap dan kerja sambilan ini. Saya juga jaga kebersihan diri dengan teliti semasa bekerja di hospital," katanya lagi.

Hasil kerja keras selama bertahun-tahun, Xiong kini memiliki otot lengan yang kuat.

Kisah Xiong mencetuskan pelbagai reaksi positif dalam media sosial.

"Gadis yang hebat! Dia cekap, rajin dan berbakti kepada ibu bapanya," tulis seorang pengguna internet.

Pengguna lain bersetuju: "Saya kagum dengan gadis ini. Ibu bapanya pasti bangga mempunyai anak perempuan yang rajin dan bertanggungjawab."

Awal tahun ini, seorang lagi pekerja perubatan dari sebuah hospital di wilayah Zhejiang, timur China, turut menjadi tular apabila mendedahkan bahawa dia menjalankan perniagaan menjual makanan pada waktu malam selepas tamat waktu kerja dan memperoleh pendapatan 20,000 yuan (sekitar RM13,000) sebulan daripadanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram