[VIDEO] Rumah 'biasa-biasa' kini bak 'suite' lima bintang, 'makeover' guna warna asas, tema kontemporari


  • Hias
  • Isnin, 26 Mei 2025

Antara ruang-ruang yang ditransformasi oleh Anis di kediaman miliknya.

DAHULU hanya kediaman biasa dihuni sekeluarga, kini berubah wajah menjadi sebuah rumah yang kelihatan seperti 'suite' hotel lima bintang.

Segalanya bermula apabila seorang pengguna media sosial, Anis Syuhada, memuat naik video transformasi rumahnya di Facebook.

Perkongsian tersebut segera menarik perhatian ramai yang terpukau dengan perubahan besar dari sebuah rumah 'biasa-biasa' kepada kediaman tampak begitu eksklusif, moden dan menyenangkan.

BACA LAGI: Limbungan kapal lama di tebing Sungai Perak, diubah suai jadi ruang pejabat mewah

BACA LAGI: Warisan pada setiap paku, seni rumah tradisi oleh tukang kayu Kampar

Menggabungkan konsep moden minimalis dengan elemen kontemporari elegan, setiap inci rumah Anis diberi nafas baharu yang begitu teliti.

Warna asas seperti putih, kelabu dan beige digunakan secara bijak untuk mencipta ruang yang luas, bersih serta eksklusif.

Hasilnya? Sebuah rumah yang bukan sahaja cantik dipandang, tetapi juga praktikal dan nyaman untuk didiami.

Suasana ruang kerja tampak profesional dan moden.

1. Ruang kerja ala studio pereka

Ruang kerja itu jelas sekali direka untuk memberi inspirasi.

Dengan kabinet built-in berwarna putih, lampu gantung bergaya Scandinavian dan rak terbuka yang dihias rapi, suasana ruang kerja itu tampak profesional serta moden.

Kerusi ergonomik hitam memberikan kontras sempurna supaya tampak minimal, tapi penuh karakter.

Lukisan kanvas abstrak menggantikan dinding kosong, mencipta titik fokus visual yang tenang.

2. Ruang tamu santai 

Ruang tamu dalam perkongsian video Anis itu menggabungkan sofa L tufted yang luas dan selesa, dihiasi dengan bantal geometri dalam warna monokrom.

Di belakangnya, dua lukisan kanvas abstrak menggantikan dinding kosong, mencipta titik fokus visual yang tenang.

Pokok hiasan di penjuru ruang memberi sentuhan hidup dan menambah keseimbangan semula jadi.

3. Ruang televisyen macam suite hotel

Bahagian paling ‘wow’ dalam rumah itu pastinya ruang televisyen.

Dinding utama dihiasi dengan panel batu putih bertekstur, lengkap dengan pencahayaan LED tersembunyi yang mencipta efek mewah.

Rekaan siling bertingkat dan penggunaan langsir tinggi pula menjadikan ruang itu tampak eksklusif serta lapang.

Sempurna untuk sesi keluarga marathon drama Korea bersama-sama.

Perkongsian Anis membuktikan bahawa rumah yang indah tidak semestinya perlu besar atau mahal.

Apa yang penting adalah rasa dan usaha dengan perancangan teliti serta sedikit kreativiti, sebuah rumah biasa pun boleh diubah menjadi tempat tinggal yang luar biasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram