Limbungan kapal lama di tebing Sungai Perak, diubah suai jadi ruang pejabat mewah


  • Hias
  • Isnin, 26 Mei 2025

Pantulan indah bahagian luar bangunan selepas hujan.

SIAPA sangka kawasan limbungan kapal yang terbiar di Teluk Intan, Perak kini bertukar menjadi sebuah ibu pejabat korporat moden yang penuh gaya dengan nilai sejarah?

Terletak di tebing Sungai Perak, tapak yang dahulunya sunyi dan usang kini hidup semula melalui Intan Project iaitu sebuah inisiatif adaptasi semula yang bukan sahaja mengekalkan elemen asal bangunan, malah menyuntik nafas baharu dengan reka bentuk mesra alam kontemporari.

Dipimpin oleh dua arkitek tempatan, Kenny Chong dan Sin Ho dari A3 Projects, projek itu bukan sekadar membina pejabat, tetapi mencipta ruang kerja yang menghargai warisan, landskap setempat penuh kelestarian.

Interview two architects Sin Ho & Kenny Chong about their project turning a shipyard into a commercial property in Teluk Intan, Perak. May 2, 2025. — GLENN GUAN/The Star

Arkitek Chong (kiri) dan Ho diberi kebebasan sepenuhnya oleh klien untuk mereka bentuk dan membina Intan Project.

BACA LAGI: Warisan pada setiap paku, seni rumah tradisi oleh tukang kayu Kampar

BACA LAGI: Tingkap juga boleh dijadikan sudut santai, gaya 'bay window' naikkan seri penjuru rumah

Tema pantulan dalam Intan Project terserlah di seluruh reka bentuknya.

Hasilnya, Teluk Intan bukan sahaja membina sebuah bangunan baharu, tetapi juga simbol harapan dan kebangkitan semula dengan bukti bahawa kecantikan boleh wujud dari sesuatu yang hampir dilupakan.

Lebih menarik, struktur asal limbungan tidak dirobohkan, sebaliknya dikekalkan dan diintegrasikan ke dalam reka bentuk bangunan baharu.

Pejabat itu dibina di bawah bumbung besi lama yang berfungsi sebagai perlindungan tambahan daripada panas dan hujan sekali gus mencipta sistem ‘bumbung berganda’ untuk menjimatkan tenaga serta memberi keselesaan kepada pengguna.

Pintu masuk merah yang membawa tuah menuju ke pejabat korporat.

Selain itu, pendekatan lestari turut diterapkan dalam proses pembinaan, termasuk penggunaan semula logam dari kilang lama dan cerucuk batang kelapa untuk mengukuhkan tebing sungai yang terdedah kepada hakisan.

Ruang dalaman pula direka dengan elemen simbolik seperti kolam reflektif dan dinding kaca mencerminkan semula suasana sekeliling seperti seolah-olah mengingatkan kita kepada sejarah kawasan itu, serta masa depan yang lebih cerah.

Lebih daripada sekadar bangunan, Intan Project membawa makna yang lebih besar kepada masyarakat Teluk Intan.

Dewan terbuka di tengah bangunan yang mempamerkan struktur 'kotak permata' merah iaitu bilik mesyuarat.

Ia mengekalkan identiti bandar itu sebagai lokasi bersejarah, sambil membawa masuk elemen moden dan fungsi komuniti termasuk perancangan untuk menambah gelanggang pickleball sebagai ruang riadah awam.

Daripada kawasan terbiar kepada simbol kebangkitan, projek itu membuktikan bahawa pembangunan tidak semestinya mengorbankan warisan sebaliknya boleh memperkayakannya. — The Star/MING TEOH

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram