
DUNIA rekaan kediaman moden, ruang yang kecil bukan lagi penghalang untuk mencipta suasana selesa dan bergaya.
Salah satu elemen semakin mendapat tempat dalam hati pemilik rumah di Malaysia ialah 'bay window' atau tingkap ceruk yang menonjol ke luar, sekali gus membuka peluang untuk mencipta sudut rehat unik dan berfungsi.
Selain memberi pencahayaan semula jadi yang lebih baik, 'bay window' juga mampu menambah nilai estetik dan fungsi tambahan tanpa perlu menambah luas lantai rumah.
BACA LAGI: Kediaman ‘modern cottage’, transformasi mengagumkan rumah lama bertukar kontemporari
Jika anda ingin transformasi 'bay window' supaya jadi lebih praktikal dan cantik, berikut beberapa tip berguna yang boleh anda ikut, diinspirasikan daripada reka bentuk bergaya gambar di bawah.
Tip untuk mencantikkan 'bay window' rumah anda.
1. Gunakan Sebagai Ruang Rehat
'Bay window' sesuai dijadikan sudut santai untuk membaca buku, minum kopi atau sekadar berehat sambil menikmati pemandangan luar.
Letakkan kusyen empuk dan bantal lembut untuk memberi sentuhan cozy yang menenangkan.
2. Tambah Aktiviti Meja Untuk Kegunaan Harian
Meja kecil yang mudah dialih boleh diletakkan di hadapan tempat duduk sesuai untuk kerja ringan, menulis jurnal atau menikmati makanan ringan.
Pilih meja yang tidak terlalu besar agar tidak mengganggu aliran ruang.
3. Pasang Lampu Gantung
Pencahayaan amat penting jadi gunakan lampu chandelier ringkas yang tergantung dari siling untuk menambah suasana elegan dan suasana hangat pada waktu malam.
'Bay window' mampu menambah nilai estetik rumah anda. — Gambar Hiasan
4. Gabung Dengan Kabinet Mudah Alih
Bahagian tepi 'bay window' boleh digabung dengan kabinet kecil atau rak yang mudah dialih.
Ia bukan sahaja membantu penyimpanan, malah menjadikan reka bentuk keseluruhan lebih kemas dan serbaguna.
5. Sisipkan Peti Sejuk Mini Untuk Kemudahan Tambahan
Untuk ruang yang lebih praktikal, tambahkan peti sejuk mini di bahagian sisi.
Ia sesuai untuk menyimpan air sejuk atau snek dan sangat berguna terutama jika 'bay window' anda terletak berhampiran ruang tamu atau bilik tidur.
6. Maksimumkan Ruang Simpanan Di Bahagian Bawah
Bahagian bawah tempat duduk boleh dijadikan laci simpanan.
Gunakan sebagai ruang menyimpan buku, selimut kecil atau barangan kegunaan harian agar ruang kekal kemas dan tersusun.
7. Sediakan Ruang Terbuka Untuk Buku Atau Hiasan
Tinggalkan sedikit ruang terbuka di bawah tempat duduk sebagai rak buku atau tempat letak hiasan kecil.
Ini memberi sentuhan peribadi dan menjadikan sudut ini lebih hidup.
Dengan susunan bijak dan pemilihan elemen yang sesuai, 'bay window' boleh menjadi sudut kegemaran seisi rumah.
Ia bukan sahaja menambah nilai estetik, tetapi juga memberi fungsi tambahan yang berguna dari tempat bersantai hinggalah ke ruang simpanan.
Jadi, jika anda ada 'bay window' yang selama ini terbiar kosong, mungkin inilah masa terbaik untuk mengubahnya jadi sudut impian anda. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram