'Perasaan yang sukar digambarkan,' wanita kongsi momen solat di puncak bukit, warga maya turut imbas pengalaman serupa


  • Massa
  • Ahad, 25 Mei 2025

Beliau terinspirasi menunaikan solat di kawasan 'nature' selepas melihat perkongsian pelakon, Alif Satar di instagramnya.

AKTIVITI mengembara kini bukan lagi sekadar peluang untuk meneroka tempat baharu, tetapi juga menjadi ruang untuk penghayatan rohani.

Menerusi media sosial, segelintir individu berkongsi pengalaman menunaikan solat berlatarkan alam semula jadi termasuk di kawasan berbukit, tasik dan kawasan lapang yang jauh dari kesibukan kota.

Terbaharu, satu hantaran di Threads daripada seorang wanita menarik perhatian ramai apabila beliau memuat naik video pengalamannya menunaikan solat di Winnats Pass, sebuah kawasan bukit hijau di United Kingdom (UK).

BACA LAGI: [VIDEO] 'Gelaran boleh berubah, maruah tidak', wanita sebak terserempak bekas guru besar kutip kotak pada usia 81 tahun

BACA LAGI: [VIDEO] Macam pelukan singkat seorang ayah, pengetua sekolah di KL sanggup tunggu awal pagi depan pagar setiap hari

 

 

Ia selepas beliau terinspirasi oleh hantaran penyanyi dan pelakon, Alif Satar yang berkongsi detik solatnya ketika bermusafir di New Zealand.

“Selepas tengok Alif Satar punya hantaran, betul orang cakap, cuba solat dekat nature sekali seumur hidup. Perasaannya sukar digambarkan.

"Bukit-bukit tu akan jadi saksi dekat akhirat,” tulisnya yang lebih mesra disapa sebagai Nek Nab.

Hantaran tersebut mencetuskan pelbagai reaksi warga maya yang turut berkongsi pengalaman serupa ketika mengembara.

 

 

Antara yang turut berkongsi ialah @asyiqinsaid yang pernah menunaikan solat berlantaikan tasik beku di kawasan pergunungan.

“Seperti pemandangan syurga. Alhamdulillah dapat rezeki solat di atas tasik beku dekat atas gunung. Masha-ALLAH,” katanya.

Sementara itu pengguna @alyakamran menyatakan beliau pernah menunaikan solat di Parliament Hill, Hampstead Heath, London.

Manakala @taqriz_ pula berkongsi pengalamannya ketika berada di Denmark.

“Tebing dan kiblat betul-betul menghadap laut. Semasa sujud memang rasa lain,” kongsinya.

Selain itu, perkongsian tersebut juga membuka perbincangan mengenai persiapan yang diperlukan untuk menunaikan solat ketika mengembara, khususnya di kawasan nature.

Justeru, antara tip yang dikongsi adalah seperti berikut:

  • Bawa botol air atau bidet mudah alih.
  • Sejadah nipis dan mudah dibawa.
  • Ambil wuduk sebelum memulakan aktiviti
  • Jamak solat jika perlu untuk mengelakkan kelewatan
  • Rancang waktu solat lebih awal mengikut lokasi — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram