
MALAYSIA sememangnya terkenal dengan sifat mesra rakyatnya dan baru-baru ini, kisah seorang pelancong dari China yang hampir menitiskan air mata apabila dibantu oleh seorang lelaki tempatan.
Sikap prihatin lelaki itu membuktikan sekali lagi betapa hangatnya sambutan yang diterima pengunjung asing di negara ini.
Dalam satu video yang dimuat naik ke media sosial, pelancong wanita itu berkongsi detik menyentuh hati yang berlaku pada hari terakhirnya di Malaysia.
BACA LAGI: Teringin ada gim sendiri di rumah? Ini 7 tip dikongsi oleh profesional
BACA LAGI: Rumah semi-D ada 'wall climbing' refleksi gaya hidup aktif pemilik J House
Ketika berada di sebuah stesen tren sekitar Kuala Lumpur, dia mengaku kebingungan dan tidak tahu cara membeli tiket serta sukar mencari mesin tiket.
Dalam keadaan serba salah itu, seorang lelaki tiba-tiba datang menghampirinya dan bertanya ke mana arah tujuannya.
Selepas menunjukkan mesin yang betul, lelaki itu berlalu pergi, namun tidak lama kemudian, kembali semula untuk memastikan pelancong itu tahu cara menggunakan mesin tiket berkenaan.
Pelancong itu menyatakan rasa terharunya apabila lelaki tersebut bukan sahaja membantunya membeli tiket malah mengiringinya hingga ke pintu masuk platform dan menunjukkan laluan yang perlu diambil.
Katanya, bantuan yang diterima itu berlaku begitu ikhlas dan tanpa sebarang syarat.
Menurutnya lagi, lelaki tersebut mungkin menjual sesuatu atau sedang mencari sumbangan di kawasan stesen, namun dia tidak pasti sama ada sesuai untuk memberikan wang sebagai tanda terima kasih.
Sebagai tanda penghargaan, dia menyeru orang ramai supaya menyokong lelaki itu sekiranya terserempak dengannya di stesen tren, kerana sifatnya yang begitu baik dan membantu.
Dalam kapsyen video yang dikongsikan, pelancong itu menulis bahawa mudah sahaja untuk rasa sebak apabila menerima kebaikan di negara orang, apatah lagi ketika dalam kesusahan.
Kisahnya mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengguna media sosial dan sekali lagi membuktikan betapa rakyat Malaysia dikenali sebagai masyarakat yang pemurah, prihatin dan suka membantu.
Orang ramai turut tampil di ruangan komen untuk menyatakan rasa bangga dengan budaya tolong-menolong yang diamalkan di negara ini.
Seorang pengguna turut berkongsi bahawa dia tersentuh apabila melihat lelaki tersebut meletakkan tangan di dada sambil tunduk sedikit ketika mengucapkan terima kasih.
Ia satu isyarat sopan yang mencerminkan budi bahasa dan adab masyarakat Melayu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram