
BAGI orang ramai, impian memiliki gim di rumah bukan lagi sekadar angan-angan kerana ia kini menjadi pilihan gaya hidup yang praktikal dan selesa.
Tanpa perlu bersesak di pusat kecergasan, anda boleh bersenam bila-bila masa dalam ruang peribadi yang selesa dan selamat.
Namun begitu, memiliki gim di rumah bukan bermaksud sekadar letak treadmill di sudut bilik.
BACA LAGI: Nampak cantik tapi buat ramai menyesal, 9 kesilapan renovasi dapur patut tahu
BACA LAGI: Mengapa sebegitu mudah cinta suami berubah? Pudarnya kasih sayang, kesan hati mulai menjauhi Tuhan
Ia perlu hadir dengan perancangan rapi dan sentuhan reka bentuk yang bijak sekali gus ruang senaman anda boleh berubah menjadi kawasan yang bukan sahaja berfungsi, malah bergaya dan menyenangkan.
Dari pencahayaan sehinggalah pemilihan perabot berikut adalah tujuh tip daripada pakar hiasan dalaman untuk membantu anda membina 'home gym' impian yang penuh inspirasi.
Dinding dan lantai berwarna hitam digandingkan dengan aksen putih mencipta suasana elegan. — Sean Litchfield
1. Sofistikated tapi praktikal
Peluh tak semestinya bermaksud ruang perlu kelihatan kusam.
Ini kerana dalam rekaan oleh Cecilia Casagrande, dinding dan lantai berwarna hitam digandingkan dengan aksen putih mencipta suasana elegan seakan-akan anda bersenam dalam studio eksklusif, bukan stor belakang rumah.
Untuk hasil yang terbaik pilih palet warna monokrom untuk hasil mewah tanpa perlu belanja besar.
Iron House Design membuktikan bahawa ruang pemulihan dan regangan pun boleh tampil bergaya. — Courtesy of Iron House Design
2. Kekalkan estetika kediaman
Kalau ruang tamu anda moden dan minimalis, takkan gim anda nampak macam bengkel?
Pereka dari Iron House Design membuktikan bahawa ruang pemulihan dan regangan pun boleh tampil bergaya.
Sofa putih, bangku senaman elegan semua disusun agar senada dengan gaya keseluruhan kediaman.
Untuk tip menyeluruh gunakan perabot yang tampak ‘lounge’ tapi berfungsi untuk rehat selepas senaman.
Iron House Design, mereka membahagikan ruang kepada zon kardio, zon kekuatan dan kawasan simpanan. — Brie Williams
3. Setiap ruang memiliki label zon sendiri
Gim terbaik bukan sekadar tempat letak dumbbell.
Dalam contoh gim di garaj oleh Iron House Design, mereka membahagikan ruang kepada zon kardio, zon kekuatan dan kawasan simpanan.
Hasilnya? Gim nampak kemas, tersusun, dan tidak membingitkan mata serta gunakan rak dinding, skrin pemisah atau penanda lantai untuk zonkan aktiviti.
Sullivan menggunakan dinding lumut semula jadi dan skylight dalam studio yoga rumahnya. — Caroline Sharpnack
4. Bawa kehijauan ke dalam gim
Kalau anda suka bersenam sambil dikelilingi hijau tapi tak mahu digigit nyamuk, ini untuk anda.
Pereka Lauren Sullivan menggunakan dinding lumut semula jadi dan skylight dalam studio yoga rumahnya.
Hasilnya bukan sahaja cantik, malah memberi kesan tenang sepanjang sesi senaman.
Sullivan juga menggunakan panel hijau, tumbuhan hidup dan tiruan untuk efek alam semula jadi.
Erin Coren membuktikan bahawa walau di ruang bawah tanah, suasana tetap boleh cerah dan segar. — Jacob Snavely
5. Cahaya adalah segalanya
Tak semua orang ada ruang senaman dengan tingkap besar.
Tapi pereka Erin Coren membuktikan bahawa walau di ruang bawah tanah, suasana tetap boleh cerah dan segar.
Warna putih pada dinding, cermin besar dan tanaman (walau palsu) cukup untuk beri ilusi ruang yang lapang dan bernafas.
Tip buat anda, pilih warna neutral terang, pasang cermin besar dan pencahayaan yang lembut.
Patrick Cunningham membina sebuah gim rumah seluas hampir 1,900 kaki persegi lengkap dengan mesin profesional. — Courtesy of C&C Partners
6. Ambil Inspirasi Dari Gim Komersial
Kalau anda jenis ‘hardcore’, tiru sahaja gim profesional.
Patrick Cunningham membina sebuah gim rumah seluas hampir 1,900 kaki persegi lengkap dengan mesin profesional, cermin dinding dan sistem penghawa dingin terbaik.
Senang cerita, gim impian berada di rumah sendiri.
Anda juga digalakkan untuk melabur dalam beberapa peralatan berkualiti tinggi jika ruang dan bajet mengizinkan.
Unsur boho dengan lampu rotan dan dekor santai menjadikan setiap sesi senaman satu pengalaman menenangkan. — Jacob Snavely Photography
7. Serlahkan personaliti anda
Ruang senaman pun boleh jadi tempat ekspresi diri.
Dalam gim rumah oleh Curated Nest Interiors, unsur boho dengan lampu rotan dan dekor santai menjadikan setiap sesi senaman satu pengalaman menenangkan.
Untuk lebih menarik gunakan warna, tekstur atau aksesori yang melambangkan gaya peribadi anda. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram