
DALAM setiap perkahwinan, cinta yang dahulu membara boleh menjadi dingin tanpa sebarang sebab.
Apa yang dahulunya manis, kini terasa tawar apabila suami yang dulunya tak sabar mahu pulang ke rumah, kini lebih rela habiskan masa bersama kawan atau di tempat kerja.
Isteri yang dahulu menjadi penawar rindu, kini sekadar bayang yang tidak dipedulikan.
BACA LAGI: Estetika seni hias meja membuatkan sesi jamu selera terasa 'mewah' bak di restoran 5 bintang
BACA LAGI: Gout penyakit 'warisan' keluarga, jangan tunggu kondisi teruk baru bertindak
Persoalannya kenapa ini boleh berlaku? Kenapa seorang suami boleh berhenti mencintai wanita yang pernah menjadi pilihannya di hadapan saksi keluarga dan Tuhan?
Ini bukan soal rumahtangga yang bosan, bukan sekadar rutin yang menyesakkan tetap ia jauh lebih dalam.
Kadang-kadang, jawapan kepada cinta yang pudar itu bukan terletak pada isteri, tetapi pada hati si suami sendiri yang mungkin jauh dari arah asalnya.
Dalam dunia yang penuh godaan ini, menjaga cinta bukanlah tugas mudah akan tetapi percayalah, bila cinta itu terasa hilang, ia bukan bermakna sudah tiada harapan.
Kadangkala, cinta hanya menunggu untuk dipulangkan semula ke tempat yang betul iaitu ke dalam hati yang bersandar pada Tuhan.
Dalam dunia yang penuh godaan menjaga cinta bukanlah tugas mudah. — Gambar Hiasan
Bila pandangan tak lagi dijaga
Menerusi perkongsian Ingat Sampai Bila-Bila di Facebook menceritakan semula kisah seorang lelaki di Facebook tetang hatinya yang semakin pudar dan sudah lagi tidak berminat untuk bersama isterinya selepas pulang dari tempat kerja.
Lelaki tersebut juga berjumpa pakar untuk mengetahui punca sebenar cintanya terhadap sang isteri mula pudar selepas menerima pelbagai pandangan daripada rakan-rakan.
"Dia cuba cari jawapan, tanya kawan-kawan lelaki dan kebanyakannya jawab, “Biasalah itu. Cinta memang akan pudar.”
Jawapan itu tidak berjaya menenangkan hatinya.
Dia mula fikir, mengapa isteri masih sayang kita macam dulu? Kenapa cinta dia tak mudah luntur macam kita? Mungkin salahnya bukan pada dia tapi pada aku sendiri.
"Jadi dia jumpa pakar, pakar itu tenang mendengar ceritanya kemudian bertanya: "Awak percaya pada Tuhan?"
Pakar itu menyuruh si suami buat satu perkara sahaja iaitu tundukkan pandangan.
Mungkin nampak mudah, tapi itulah titik perubahan.
Hari demi hari, walaupun sukar, dia lawan godaan dengan menutup mata daripada perkara yang tak sepatutnya.
Dia mula jaga hati dan masuk hari ke-15, satu rasa damai mula menyelinap apabila pandang isteri, hatinya bergetar semula.
Cinta boleh kembali, kalau kita kembali pada Tuhan
Apa yang berlaku seterusnya bukan magis namun semuanya adalah hikmah apabila suami tadi mula pulang awal.
Cari peluang untuk sembang semula, peluk isteri dari belakang waktu di dapur dan bisik:
"Saya masih cintakan awak. Saya cuma tersesat sekejap."
Lembutnya hati seorang lelaki bila dia tunduk kepada ALLAH yang mana cinta hilang itu bukannya benar-benar sudah tiada.
Ia cuma tenggelam dalam lautan kelalaian. Apabila iman kembali mengemudi hati, cinta itu muncul semula dalam bentuk paling jernih, lebih dalam. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram