[VIDEO] Ibu menyesal biar anak jadi pemuas nafsu rakus bapa tiri, kini dibebani hutang arwah suami


  • Tular
  • Jumaat, 23 Mei 2025

Seorang wanita pernah membiarkan anak-anaknya menjadi mangsa penderaan dan gangguan seksual oleh suami sendiri. — Gambar hiasan

PENGAKUAN seorang wanita yang pernah membiarkan anak-anaknya menjadi mangsa penderaan dan gangguan seksual oleh suami sendiri, mendatangkan kemarahan dalam kalangan warga maya.

Wanita tersebut yang tidak didedahkan identitinya berkata, dia bukan sahaja menyaksikan perlakuan terkutuk itu, malah pernah membantu anaknya menggugurkan kandungan beberapa kali yang dipercayai berpunca daripada perbuatan ayah tiri mereka.

Menurut wanita berkenaan, suaminya baru sahaja meninggal dunia, namun terkejut apabila mengetahui arwah meninggalkan beban hutang yang besar hingga dirinya kini diganggu oleh ceti haram.

BACA LAGI: Bapa tiri berdepan 32 pertuduhan rogol, amang seksual dan seks guna objek terhadap remaja perempuan lari rumah

BACA LAGI: 'Kalau sekali pun tak boleh maafkan', mahkamah kekal hukuman 42 tahun penjara, bapa durjana rogol anak tiri bawah umur sebanyak 105 kali

 

 

"Saya baru dapat tahu yang suami banyak sangat hutang. Kadang-kadang tu ah long sampai datang ugut dan telefon saya.

"Saya ada juga minta (tolong pada) saudara mara, adik-beradik, tapi seorang pun tak nak tolong," katanya dalam satu rakaman yang dikongsikan menerusi Instagram seorang individu bernama Ariff Luqman.

Lebih memilukan, wanita itu turut mengakui kesemua anak-anaknya kini langsung tidak menghubunginya lagi.

"Mereka marah sebab biarkan suami pukul dan dera mereka. Saya cuma diam tengok sahaja," ujarnya.

Wanita itu turut meluahkan penyesalan mendalam terhadap anak sulungnya, yang didakwa menjadi mangsa gangguan seksual oleh ayah tiri sejak kecil.

"Saya banyak kali dah tengok anak kena cabul dengan ayah tiri dia. Saya biarkan apa sahaja yang suami buat pada anak, dari dia kecil lagi.

"Setiap kali saya datang haid, ayah tiri dia paksa dia layan. Saya selalu dengar anak jerit minta tolong.

"Sebut nama saya, cakap sakit tapi saya biarkan dia,” luahnya dalam nada sebak.

Pendedahan itu menimbulkan kemarahan dalam kalangan orang ramai, dengan rata-ratanya mengecam tindakan si ibu yang gagal melindungi anak-anaknya.

Menurut pandangan seorang pengguna Instagram, liathetrex, beliau menegaskan dirinya tidak akan berkompromi sekiranya anak-anak menjadi mangsa lelaki bergelar suami, sama ada bapa kandung mahupun tiri.

“Saya tak tahu nak cakap apa dah kalau macam ini, tapi sebagai ibu, tak kisahlah bapa kandung atau tiri, kalau jenis haruan makan anak ini, no mercy.

"Saya rela pergi kerja cari duit sendiri dan jauhkan diri daripada lelaki itu. Saya tidak akan biar lelaki itu bebas di luar macam itu saja.

"Bagi anak-anak, kita mak ayah adalah pelindung mereka. Jadilah mak ayah yang bertanggungjawab untuk anak-anak, mereka amanah ALLAH SWT,” bicaranya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram