
MAJLIS graduasi menandakan berakhirnya perjalanan akademik seseorang di peringkat kolej dan membuka lembaran baharu dalam kehidupan.
Di seluruh dunia, para graduan menyambut pencapaian ini dengan pelbagai cara, lazimnya melalui upacara rasmi di mana mereka mengenakan topi serta jubah khas bagi menerima ijazah yang diperoleh dengan penuh usaha.
Di China, ramai pelajar universiti memilih untuk memakai pakaian tradisional Cina berbanding jubah konvokesyen hitam yang dianggap sudah biasa atau 'bosan'.
BACA LAGI: Penghargaan tidak diiktiraf, UNESCO nafi beri anugerah pada Syahrini
BACA LAGI: [VIDEO] Menyentuh hati, pegawai polis kongsi pengorbanan wanita rayu ikat jamin anak di mahkamah
Mereka menghias topi graduasi mereka dengan 'zanhua' iaitu hiasan bunga. — Agensi
Platform media sosial Xiaohongshu dipenuhi dengan foto-foto graduasi berkonsep tradisional lengkap dengan gaya rambut klasik.
Mereka menghias jubah graduasi dengan elemen warisan Cina seperti 'yunjian' iaitu sejenis aksesori berbentuk awan, 'zanhua' (hiasan bunga yang dipakai di atas topi), serta 'mamian' (pakaian berlipat yang mula dipakai sejak era Dinasti Ming (1368–1644).
Kedua-dua yunjian dan mamian merupakan sebahagian daripada hanfu, iaitu pakaian tradisional masyarakat Han di China.
Gaya tersebut sekali gus menunjukkan anak muda di negara berkenaan semakin bangga dengan budaya sendiri, terutama dalam majlis rasmi.
Difahamkan, 'yunjian' yang berasal sejak zaman Dinasti Qin (221–207 SM) pada mulanya digunakan sebagai pelindung untuk memastikan kolar dan bahu kekal bersih.
Namun, fungsinya berubah mengikut peredaran masa apabila ia menjadi aksesori hiasan yang dihiasi dengan sulaman berwarna-warni.
Corak yang sering ditampilkan termasuk simbol yang dipercayai bertuah dalam masyarakat tempatan seperti ikan, burung, awan, ombak laut dan bunga.
Menurut sumber, sejak kebelakangan ini, yunjian kembali mendapat perhatian seiring dengan kebangkitan semula pakaian tradisional hanfu dalam kalangan masyarakat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram