
'KE mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.'
Itu ungkapan yang sesuai untuk melabelkan pereka fesyen, Rizman Nordin dengan puteri sulungnya, Rizqaa Rizman yang sudah mula menunjukkan bakat sebagai penggemar fesyen.
Menerusi hantaran Rizman di Instagramnya, beliau membawa pengikutnya menyaksikan proses di sebalik tabir ketika beliau membantu anaknya memilih pakaian, kasut, aksesori dan beg tangan.
BACA LAGI: Syukur dalam rindu, pensyarah cabar diri keluar zon selesa ketika imbau kenangan di awan biru
BACA LAGI: 'Rambut kena gulung walaupun nak tidur', rejim kecantikan 4 jam Intan Najuwa bernilai hampir RM7,000
Katanya, perkongsian tersebut dibuat demi memenuhi permintaan ramai yang mahu melihat rutin pengasas label Rizman Ruzaini itu dalam mengurus penampilan anaknya.
"Ramai nak tengok bagaimana daddy siapkan Rizqaa. Jadi hari ini kita lihat macam mana Rizqaa memilih gayanya hari ini," katanya dalam video berkenaan.
Apa yang menjadi perhatian, Rizqaa menunjukkan cita rasa fesyennya yang spesifik dan tegas walaupun baru berusia lima tahun.
Dalam memilih pakaiannya, Rizqaa memilih gaun rona hitam yang mempunyai perincian manik pada bahunya.
Malah, beliau dengan yakin menolak pilihan yang tidak menepati kehendaknya.
"Dia memang tahu apa yang dia nak. Kalau kata rambut nak macam itu, kita buat lain sikit pun dia tak seronok,” kata Rizman yang bertindak sebagai pendandan rambut anaknya dalam rutin menyiapkannya.
Selain itu, detik Rizqaa enggan duduk untuk elak gaunnya tidak rosak dan memilih sendiri klip rambut serta beg tangan jenama bapanya memaparkan sifat 'diva kecil' yang sekali gus menghiburkan penonton.
Hantaran itu menerima pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata terhibur dengan keletah Rizqaa serta memuji hubungan rapat antara bapa dan anak itu.
"Masa pandemik hari-hari tengok si kecil ini disiapkan ayahnya. Sekarang dah besar dan ada gaya profesional," kata @empress.ladybird.
"Sangat comel. Suka keazaman dia dalam apa yang dia nak dan ini juga menjadi detik berharga antara ayah dan anak," ujar @mooonieee.
"Alhamdulillah. Rezeki Rizqaa lahir dalam keluarga yang cukup semuanya. Ada potensi jadi pereka fesyen juga," komen @suriatifazira. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram