
PENCAHAYAAN merupakan salah satu elemen terpenting dalam sesebuah rumah.
Ia bukan sahaja berfungsi untuk menerangi ruang, tetapi juga mempengaruhi suasana, mood dan gaya keseluruhan kediaman.
Ramai yang tertumpu kepada pemilihan warna cat, perabot atau langsir tetapi terlupa bahawa lampu sesuai boleh mengubah persepsi visual dan pengalaman di dalam ruang.
BACA LAGI: Dekorasi rumah sewa tanpa tebuk struktur asal, 5 cara bijak penyewa hias kediaman
BACA LAGI: Landskap tropika premium, seni halaman kediaman sentuhan profesional, bukan sekadar pokok dan rumput
Setiap ruang dalam rumah mempunyai fungsi berbeza dan ini menuntut jenis pencahayaan yang berbeza juga.
Justeru, amat penting untuk memilih lampu yang bukan sahaja cantik dari segi reka bentuk, tetapi juga praktikal dari segi penggunaan harian.
Berikut adalah panduan lengkap jenis lampu yang sesuai untuk setiap ruang rumah.
Tona cahaya putih suam sangat sesuai kerana ia memberi rasa selesa dan mesra.
1. Ruang tamu
Sudut utama ini sering dianggap sebagai pusat rumah kerana di sinilah ahli keluarga berkumpul, menerima tetamu dan berehat.
Oleh itu, pencahayaan yang sesuai perlu memenuhi keperluan pelbagai aktiviti.
Gunakan lampu utama seperti lampu siling jenis chandelier, lampu LED tersembunyi (downlight) atau lampu rel yang memberikan cahaya menyeluruh.
Untuk menambah suasana, padankan dengan lampu lantai di sudut ruang atau lampu meja di atas kabinet hiasan.
Tona cahaya putih suam (warm white) sangat sesuai kerana ia memberi rasa selesa dan mesra.
Jika anda gemar menonton televisyen di ruang ini, pastikan pencahayaan tidak terlalu terang atau terus ke skrin guna pencahayaan tidak langsung (indirect lighting) untuk suasana lebih relaks.
Lampu gantung atau pendant light di atas meja makan adalah pilihan popular.
2. Ruang makan
Di ruang makan, tumpuan utama ialah meja makan.
Pencahayaan yang betul bukan sahaja membantu penglihatan, tetapi juga menambah selera.
Lampu gantung atau pendant light di atas meja makan adalah pilihan popular.
Pastikan ia digantung pada ketinggian yang sesuai tidak terlalu rendah hingga mengganggu pandangan, dan tidak terlalu tinggi sehingga cahaya tersebar terlalu luas.
Pilih mentol dengan cahaya warm white, yang mencipta suasana lebih tenang, romantik dan selesa ketika makan.
Untuk kesan moden, boleh pilih lampu dengan reka bentuk artistik atau minimalis.
Lampu siling LED terang sebagai sumber pencahayaan utama.
3. Dapur
Ruang memasak amat memerlukan pencahayaan yang cukup, terang malah efisien.
Ini kerana ia melibatkan aktiviti penting seperti memotong, memasak dan membersihkan.
Gunakan lampu siling LED terang sebagai sumber pencahayaan utama.
Selain itu, sangat disarankan untuk memasang lampu bawah kabinet (under cabinet lighting) yang memberi cahaya fokus ke permukaan kaunter sangat membantu ketika menyediakan makanan.
Pilih lampu dengan tona cahaya putih semula jadi (natural white) atau putih sejuk (cool white) agar anda dapat melihat warna bahan makanan dengan jelas dan mengelakkan kemalangan kecil.
Tona cahaya warm white atau kuning lembut sangat sesuai untuk mewujudkan suasana yang damai dan intim.
4. Bilik tidur
Apabila tiba masa untuk beristirehat, bilik tidurlah tempat kita melabuhkan diri setelah seialah tempat berehat, jadi pencahayaan harus membantu tubuh dan minda bersedia untuk tidur.
Gunakan lampu utama dengan intensiti sederhana seperti lampu siling dengan dimmer, yang membolehkan anda laras kecerahan.
Tambahkan lampu meja sisi katil untuk kegunaan membaca atau pencahayaan waktu malam.
Tona cahaya warm white atau kuning lembut sangat sesuai untuk mewujudkan suasana yang damai dan intim.
Elakkan cahaya terlalu terang atau cahaya biru yang boleh mengganggu hormon tidur (melatonin).
Tona cahaya cool white untuk pencahayaan yang bersih dan jelas.
5. Bilik air
Walaupun sering diabaikan, pencahayaan di bilik air amat penting, terutama di kawasan cermin dan singki.
Gunakan lampu siling kalis air (IP-rated ceiling lights) untuk keselamatan, dan pastikan lampu cukup terang.
Anda juga boleh menambah lampu dinding di sisi cermin bagi mengurangkan bayang-bayang ketika bercukur atau bersolek.
Pilih tona cahaya cool white untuk pencahayaan yang bersih dan jelas.
Elakkan mentol biasa yang mudah rosak kerana kelembapan bilik air. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram