
KITARAN trend dalam dunia reka bentuk dalaman kini bergerak dengan sangat pantas.
Salahkan internet atau pengguna jika mahu, namun begitu ada berita baik buat peminat dekorasi lama.
Banyak gaya yang pernah dianggap ketinggalan zaman kini kembali menjadi popular.
BACA LAGI: [VIDEO] Pilih rai ulang tahun kelahiran bersama anak-anak yatim, paling teruja nampak kek coklat
Jadi, jika anda pernah membuat pilihan reka bentuk yang dianggap ‘old school’, mungkin sudah tiba masanya untuk beri peluang kedua.
Berikut adalah enam trend reka bentuk yang pernah tenggelam, kembali jadi kegemaran pereka dalaman:
Reka bentuk lengkungan kini kembali digunakan dengan lebih bijak dan berstrategi. — Ethan Charles Design
1. Lengkungan
Menurut Greenfeld, reka bentuk lengkungan pernah begitu popular sehingga akhirnya kelihatan terlalu klise dan hilang daya tarikannya.
Namun, selepas berehat seketika, lengkungan kini kembali digunakan dengan lebih bijak dan berstrategi.
"Lengkungan dulu sinonim dengan rumah berinspirasikan Tuscan yang banyak dibina pada pertengahan 2000-an.
"Tapi sekarang, lengkungan digunakan untuk menambah minat visual dan melembutkan garis dalam reka bentuk," kata Greenfeld.
Set pinggan bercorak pelbagai yang digantung di dinding kini tidak lagi dianggap ketinggalan zaman.
— The Spruce/ Meg MacDonald2. Pinggan hiasan gantung
Trend itu mungkin mengingatkan kepada rumah nenek, tapi jangan pandang rendah kerana hiasan itu kembali popular dalam kalangan peminat cottagecore dan grandmillennial.
Satu set pinggan bercorak pelbagai yang digantung di dinding kini tidak lagi dianggap ketinggalan zaman.
"Trend itu mula hilang populariti selepas tahun 70-an, tapi sekarang ia kembali dengan lebih meriah.
"Mungkin kerana pengaruh fesyen ‘grandpa-chic’ yang membuatkan elemen klasik ini kembali relevan," kata Harrison.
Berkongsi tip hiasan tersebut, Harrison berkata, jika anda ingin mencuba trend itu mula bereksperimen dengan susunan berbeza sebelum menggantungnya dan pilih corak serta saiz yang menarik.
Warna putih kini semula menjadi pilihan ramai. — Desiree Burns Interiors
3. Peralatan putih, berwarna
Jika anda fikir peralatan dapur yang 'trendy' mesti diperbuat daripada keluli tahan karat atau hitam, fikir semula.
Kini, peti sejuk putih pun boleh kelihatan chic dan moden.
"Kami bukan bercakap tentang peralatan putih biasa, tapi yang bergaya dan praktikal.
"Cafe Appliances, contohnya, berjaya mencipta semula rupa peralatan putih dengan elemen seperti pemegang emas yang memberi sentuhan mewah," kata Blinn.
Ramai mula sedar bahawa privasi dan ruang terpisah lebih penting untuk fungsi harian. — Ashley Montgomery Design
4. Pelan lantai tertutup
Trend merobohkan dinding untuk ruang terbuka memang popular sejak sekian lama.
Namun begitu, kini pereka dalaman mula mencadangkan untuk menambah semula dinding.
“Dulu, semua orang suka konsep lantai terbuka, termasuk saya sendiri.
“Tapi, ramai mula sedar bahawa privasi dan ruang terpisah lebih penting untuk fungsi harian di rumah," kata Greenfeld.
Beliau turut menyatakan bahawa pelan lantai tertutup mewujudkan suasana lebih intim dalam rumah.
Lantai corak checkerboard memang ikonik dan telah lama wujud. — Ashley Webb Interiors
5. Lantai corak checkerboard
Lantai corak checkerboard kini kembali mencuri perhatian dengan gaya klasik yang berani.
"Lantai corak checkerboard memang ikonik dan telah lama wujud.
"Penggunaan tona kontras dan jubin berimpak kuat adalah faktor yang menghidupkan semula trend ini," kata Harrison.
Harrison berkongsi tip reka bentuk yang menasihati pemilik rumah hanya terhadkan pilihan kepada warna hitam putih biasa.
"Versi dengan corak marmar atau kombinasi warna kelabu lembut juga popular sekarang."
Perabot kayu oak kembali 'trending', tapi kali ini dalam versi yang lebih moden. — Freepik
6. Kabinet kayu oak
Ini berita baik untuk pencinta tona kayu semula jadi kerana kabinet kayu oak kembali 'trending', tapi kali ini dalam versi yang lebih moden.
"Sekarang, kabinet oak putih dengan garis yang lebih bersih dan kemasan yang pelbagai kembali jadi pilihan utama.
"Ia tidak lagi mempunyai tona jingga yang biasanya dikaitkan dengan oak merah tahun 90-an," jelas Greenfeld. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram