
BAGI kebanyakan orang, rutin malam mungkin sekadar mencuci muka dan menyapu sedikit pelembap sebelum tidur.
Namun berbeza buat pelakon jelita Datin Intan Najuwa, bagi dirinya, malam adalah waktu terbaik untuk memanjakan diri dan beliau sanggup meluangkan tiga hingga empat jam setiap malam demi memastikan kulit, rambut dan tubuh dijaga rapi dari setiap sudut.
Menerusi satu hantaran video yang dikongsi di TikToknya baru-baru ini, pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, berkongsikan rutin penjagaan wajah dan tubuhnya yang bukan sahaja lengkap, malah menggunakan produk berjenama mewah yang menjadi dambaan ramai wanita.
Rutin malamnya bermula dengan pemakaian serum mata dari Chanel, khusus untuk mengurangkan keletihan pada kawasan bawah mata.
Ia diikuti dengan pemakaian sheet mask untuk kelembapan menyeluruh.
Lebih menjadi perhatian, isteri kepada usahawan, Datuk Ahmad Azraf Azman itu menggunakan produk-produk berjenama mewah yang bukan calang-calang harganya.
Berikut antara produk utama yang digunakan beliau dalam rutin penjagaan wajahnya setiap malam:
La Mer The Treatment Lotion – RM770
Memberi kelembapan mendalam dan menyediakan kulit untuk menyerap produk seterusnya.
La Mer The Concentrate Serum – RM2,980
Serum mewah yang membantu merawat kulit sensitif dan mempercepatkan pemulihan kulit.
La Mer The Moisturizing Fresh Cream – RM1,950
Krim pelembap bertekstur ringan yang mengekalkan kelembapan dan memberi kesan glowing.
Chanel Le Lift Flash Eye Revitalizer – RM575
Produk istimewa untuk menyegarkan kawasan bawah mata dengan segera.
Selepas pemakaian produk-produk tersebut, Intan turut melakukan urutan wajah bagi merangsang peredaran darah dan membantu penyerapan produk secara maksimum.
Wajah ibu kepada seorang anak tersebut kelihatan begitu berseri dan segar walaupun tanpa solekan.
Penjagaan tubuh juga tidak diabaikan. Beliau menyembur body mist ke lengannya sebelum menyapu losyen.
Rambutnya pula diberi perhatian khusus dengan penggunaan hair tonic.
Namun, paling mencuri perhatian ramai ialah apabila Intan mendedahkan bahawa beliau tetap akan menggulungkan rambutnya sebelum tidur, walaupun tidak ke mana-mana.
“Dah terbiasa kalau cuci rambut, mesti kena kepokkan. Walaupun dah malam-malam buta,” katanya dalam ruangan komen. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram