
Baru-baru ini adik kepada pelakon dan pengacara terkenal, Noor Neelofa iaitu Ameera Khan memuat naik video di akaun media sosialnya sedang membuat rendaman ais pada wajah ketika bercuti di Langkawi, Kedah.
Antara selebriti lain dilihat turut mempraktikkan hal sama termasuk Jennie Kim (Blackpink), Noryn Aziz, Intan Najuwa, Nikita Willy dan supermodel antarabangsa, Bella Hadid.
Mereka bukan sahaja berkongsi pengalaman merendam wajah ke dalam air sejuk berisi air, malah mengakui pelbagai manfaat diperoleh.
BACA LAGI: Bukan saja sedap, 5 jus buah ini bantu kulit wajah mulus dan 'glow'
BACA LAGI: Individu berjerawat lebih cenderung alami tekanan perasaan
Bekas berisi ais bersama kelopak bunga, timun dan lemon antara digunakan Ameera untuk rutin merendam wajah. — Instagram/@littlemisskhan
Berikut Majoriti kongsikan lima kebaikan merendam muka dalam ais.
1) Mengecilkan pori
Suhu sejuk membantu mengetatkan liang pori dengan berkesan, sekali gus mengurangkan penghasilan minyak berlebihan pada wajah disebabkan oleh pori-pori tersumbat.
Selain itu, kulit tampak lebih sihat dan segar kerana ais meningkatkan tahap oksigen dalam kulit dan membekalkan nutrien penting.
2) Solekan kekal lama
Apabila pori lebih kecil solekan akan lebih mudah melekat pada wajah.
Selain itu, solekan juga akan kekal dalam jangka masa lama tanpa perlu menyentuh semula solekan sedia ada.
3) Kurangkan mata bengkak
Jika stress atau kurang tidur, mata mudah menjadi bengkak.
Ais boleh meredakan bengkak dengan memperlahankan peredaran darah dan menjadikan mata lebih segar dalam waktu yang singkat.
4) Redakan keradangan, jerawat
Jika mengalami keradangan yang menyebabkan wajah alami masalah jerawat, ais boleh membantu mengecutkan dan.
Ia adalah salah satu langkah ideal bagi menyelesaikan masalah keradangan dalam masa singkat kerana mampu meredakan keradangan.
5) Mengawal emosi
Rendaman ais bukan sahaja mampu mencantikkan wajah, tetapi bantu memberi impak kepada kesihatan fizikal.
Dengan cara ini, membantu mengurangkan stress dan secara tidak langsung boleh memulakan hari dengan gembira dan lebih positif. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram