
SUSULAN luahan tular seorang wanita mengenai baju pengantin tempahan khas yang didakwa tidak seperti yang dijanjikan, jenama fesyen terlibat, Merah Jambu tampil membuat penjelasan dan permohonan maaf secara terbuka.
Dalam satu kenyataan rasmi yang dimuat naik di Instagram pada Ahad, jenama terbabit memohon maaf atas segala kekhilafan dan tekanan yang dialami pelanggan tersebut serta menjelaskan secara terperinci kronologi di sebalik insiden berkenaan.
“Kami ingin merakamkan permohonan maaf secara terbuka di atas kekilafan yang timbul. Kami amat terkesan dengan perkara ini serta impaknya ke atas jenama dan pasukan kami,” ujar pihak Merah Jambu.
BACA LAGI: Sesiapa cuci pinggan sebaik selesai makan biasanya miliki 7 ciri personaliti ini
Berceritakan kronologi, menurut mereka, busana itu disiapkan dalam tempoh kurang sebulan berbanding tempoh biasa sekurang-kurangnya tiga bulan.
Pelanggan turut membuat beberapa permintaan tambahan seperti renda, Swarovski serta tudung khas yang memerlukan masa untuk dicari dan dipadankan agar sepadan dengan warna dan tekstur songket.
Fitting dilakukan sebanyak tiga kali iaitu pada 3, 10 serta 15 Mei dan perubahan pada bahagian dart selepas fitting terakhir menyebabkan kekedutan kecil.
Merah Jambu bagaimanapun mengakui kesilapan itu dan segera mengambil semula baju untuk diubah.
Namun, disebabkan masa yang suntuk, baju dihantar semula tanpa fitting terakhir dan kedutan masih kelihatan.
“Kami akui kesilapan kami di sini dan telah memberi pilihan kepada pelanggan sama ada kami baiki dan hantar ke Kuala Terengganu atau kami beli tiket penerbangan agar fitting dapat dibuat di sini,” jelas jenama berkenaan dalam hantaran itu.
Pelanggan memilih untuk melakukan ubah suai di Terengganu dan pihak Merah Jambu menghantar baju kepada tukang jahit berpengalaman mereka di sana.
Pihak Merah Jambu mendedahkan masalah lain timbul selepas baju dijahit semula. — Instagram/@merahjambuofficial_
Setelah kekedutan diperbaiki, baju dihantar semula, namun pelanggan kemudian membangkitkan pula isu saiz pinggul.
Pelanggan memilih untuk melakukan ubah suai di Terengganu dan pihak Merah Jambu menghantar baju kepada tukang jahit berpengalaman mereka di sana.
Setelah kekedutan diperbaiki, baju dihantar semula, namun pelanggan kemudian membangkitkan pula isu saiz pinggul.
Tukang jahit dihantar ke hotel pengantin untuk melakukan ubah suai tambahan.
Menurut pihak Merah Jambu, isu tersebut tidak pernah dibangkitkan sebelum ini dan semasa sesi fitting terdahulu, pengantin mengesahkan beliau boleh duduk dengan selesa.
"Songket pula jenis yang keras apabila duduk memang akan berkedut. Bermacam jenis Songket Terengganu dan Songket Brunei kami jahit dan kami tahu bagaimana mengurus dengan teliti. Naratif ubah suai berpuluh kali adalah tidak betul.
"Kami berharap isu ini akan dapat diselesaikan secara profesional, namun beliau telah menulis thread dengan naratif seolah-olah kami tidak bertanggungjawab dan hanya mengutamakan kerabat, VIP dan artis," tambah mereka.
Merah Jambu mengakhiri kenyataan dengan menegaskan komitmen mereka terhadap layanan adil dan profesional kepada semua pelanggan tanpa mengira latar belakang serta mengambil serius setiap maklum balas.
“Kami hanya manusia biasa yang tidak lari daripada kesilapan, namun kami akan terus belajar dan memperbaiki kualiti serta perkhidmatan. Semoga doa yang baik sahaja berbalik kepada semua,” kata mereka.
Terdahulu, Majoriti melaporkan seorang wanita bertindak meluahkan kekecewaan selepas busana perkahwinan yang ditempah daripada pereka fesyen tempatan tidak seperti dijanjikan.
Lebih menyedihkan, kejadian itu berlaku hanya dua hari sebelum tarikh pernikahannya yang berlangsung pada 17 Mei 2025. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram