'Bangga baju warisan pusaka', Eyka Farhana-Akhyar berbusana songket serikan majlis resepsi di Kedah


  • Gaya
  • Rabu, 14 Mei 2025

Pasangan selebriti ini mengenakan busana songket rekaan Merah Jambu. — Instagram/@eykafarhana

 

 

SELEPAS tampil anggun dalam busana serba putih bagaikan puteri pada majlis pernikahan, selebriti popular Eyka Farhana dan pemain bola sepak kebangsaan Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid menggayakan pula busana songket rekaan jenama Merah Jambu pada majlis resepsi mereka baru-baru ini.

Pada majis berlangsung di Kedah itu, pasangan tersebut manis dan segak dalam persalinan songket rona biru yang mengekalkan elemen tradisional, namun disuntik dengan sentuhan moden. 

Rekaan menggunakan fabrik songket tersebut mendapat pujian ramai kerana berjaya menampilkan keanggunan dan keunikan budaya Melayu dalam gaya segar dan moden.

BACA LAGI: Perkenal produk tuala wanita lestari, Nadya Okamoto pejuang isu haid dan pemerkasaan kaum Hawa sejak usia 16 tahun

BACA LAGI: Cemburu sampai 'overthinking'? Ketahui 4 cara bijak tenangkan hati demi keharmonian hubungan cinta

"Songket disarung penuh bergaya, tersenyum manis di bumi Kedah, tradisi lama tetap dijaga, bangga berbaju warisan pusaka," tulis Eyka dalam hantaran di Instagramnya pada Selasa.

Meskipun hanya serangkap pantun, namun ia membangkitkan persoalan sama ada persalinan itu merupakan busana turun-temurun keluarga atau fabrik istimewa yang diwarisi.

Sehubungan itu, Majoriti kini menantikan maklum balas daripada jenama fesyen terlibat mengenai rekaan mereka yang mencuri perhatian warga maya.

Pasangan dua merpati sejoli itu terdahulu mengikat tali pertunangan pada 4 Ogos tahun lalu dalam satu majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.

Perkhabaran mengenai pertunangan mereka dikongsikan kepada umum selepas tiga bulan, apabila Eyka memuat naik gambar momen bersejarah itu di Instagram.

Pada 2 Mei lalu, mereka sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.

Eyka dilihat anggun berbusana kurung moden rona putih hasil sentuhan Teh Firdaus pada majlis pernikahannya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram