
JENAMA fesyen dan sukan global, FILA melancarkan koleksi terbaharunya, Echappe VC V2 yang mengetengahkan gabungan dua gaya berbeza iaitu lembut dan feminin ala balletcore serta elemen lasak dan moden gorpcore.
Pelancaran ini bukan sahaja memperkenalkan rekaan baharu yang berani dan anggun, malah turut meraikan semangat wanita moden yang kuat, penuh gaya dan berkeyakinan tinggi.
Bertemakan 'Grace with Attitude', koleksi Echappe VC V2 menampilkan ciri-ciri unik seperti tali Velcro moden, tapak luar yang mampu menarik perhatian serta lapik dalam Ortholite untuk keselesaan dan pengudaraan optimum.
BACA LAGI: Tak mampu beri hadiah, doa murid istimewa termakbul, guru PPKI hamil lepas 5 tahun berkahwin
Hadir dalam tiga warna klasik iaitu kelabu, hitam dan beige, koleksi ini direka untuk kesesuaian pelbagai gaya dan aktiviti seharian.
Pelancaran rasmi turut menyaksikan pelakon dan model popular, Mimi Lana sebagai wajah kempen.
Mewakili semangat koleksi ini, Mimi berkata, koleksi tersebut bukan hanya tentang penampilan, malah memberi keyakinan dan keselesaan.
"Ia membebaskan pergerakan saya, membolehkan saya lebih jadi diri sendiri dan rasa lebih kuat sebagai seorang wanita," katanya.
Mengangkat simbol kotak muzik sebagai elemen utama kempen, koleksi terlibat mencerminkan keseimbangan antara keanggunan dan kekuatan, seiring dengan mesej pemberdayaan wanita yang dibawa oleh FILA.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Misto Malaysia Sdn. Bhd., Jimmy Jin Bohyun, pelancaran Echappe VC V2 adalah fasa evolusi ketiga koleksi Echappe yang mencatatkan kejayaan besar tahun lalu.
"Ia mencerminkan komitmen FILA dalam memperkasakan identiti individu menerusi rekaan yang versatil dan moden," jelasnya.
Majlis pelancaran yang berlangsung penuh gaya turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti ruang foto interaktif bertemakan kotak muzik, bengkel aksesori khas dan stesen gelato bertemakan warna koleksi.
Turut memeriahkan acara ialah selebriti dan ikon fesyen tempatan seperti Arina Nasirudin, Suzanne Lay, Belle Lim dan Nana Bebu yang berkongsi pengalaman mereka bersama koleksi baharu ini.
Koleksi FILA Echappe VC V2 kini boleh didapati di butik rasmi FILA di Sunway Pyramid, Pavilion KL, 101 City Mall dan Pavilion Damansara Heights serta dalam talian di platform rasmi FILA. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram