
KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi tiga produk kosmetik selepas didapati mengandungi bahan beracun berjadual.
Produk tersebut ialah Hebe - Micro Rescue Cream (Reduce Acne Scar) dan Cloroc Reju Cream, yang masing-masing mengandungi bahan Clindamycin dan Metronidazole serta Tretinoin dan Betamethasone 17-valerate.
KKM dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan, bahan-bahan itu adalah ubat yang dikawal dan hanya boleh digunakan di bawah pemantauan ahli profesional kesihatan bertauliah.
BACA LAGI: Tak mampu beri hadiah, doa murid istimewa termakbul, guru PPKI hamil lepas 5 tahun berkahwin
Produk mengandungi bahan terlibat perlu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PKBD).
Satu lagi produk kosmetik, Seri Ayu Secret-Radiant Repair Cream turut dibatalkan notifikasinya selepas didapati mengandungi merkuri, iaitu bahan larangan dalam produk kosmetik.
Merkuri boleh diserap ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan buah pinggang dan sistem saraf.
KKM menasihati orang ramai supaya tidak membeli atau menggunakan produk-produk ini.
Penjual dan pengedar pula diarahkan untuk segera menghentikan penjualan dan pengedaran produk terbabit.
Jika disabitkan kesalahan:
Individu boleh dikenakan didenda hingga RM25,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama.
Kesalahan seterusnya boleh dikenakan denda hingga RM50,000 atau penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya.
Syarikat pula boleh didenda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
Orang ramai yang sedang menggunakan produk terbabit dinasihatkan supaya berhenti menggunakannya serta-merta dan mendapatkan nasihat doktor jika mengalami sebarang masalah kesihatan atau kesan sampingan.
Pengguna juga digalakkan untuk menyemak status notifikasi produk kosmetik menerusi laman web rasmi Agensi Regulatori Farmaseutikal Negara (NPRA) di www.npra.gov.my atau aplikasi mudah alih ‘NPRA Product Status’ di Google Play Store. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram