
CASSIE Elizabeth Ventura bukanlah nama asing dalam dunia hiburan. Penyanyi dan model ini mula mencuri perhatian menerusi lagu hit Me & U pada tahun 2006.
Dengan wajah eksotik dan aura tenang, Cassie, 38, sering digambarkan sebagai simbol kecantikan dan gaya.
Siapa sangka, di sebalik popularitinya, beliau sebenarnya memendam duka yang akhirnya terbongkar kepada umum beberapa tahun lepas berkaitan hubungan lamanya dengan pemuzik rap terkenal, Sean 'Diddy' Combs.
BACA LAGI: [VIDEO] Kek 'home made' Kak Dack punya aura air tangan magis, lebih premium
BACA LAGI: [VIDEO] 'Staycation' di tengah hutan batu, dekorasi ultra moden bagai berada di angkasa
Mereka mula menjalinkan hubungan pada 2017 ketika Cassie berusia 19 tahun. — Agensi
Cassie mula menjalinkan hubungan dengan Diddy, 55, ketika baru berusia 19 tahun selepas menandatangani kontrak bersama label Bad Boy Records miliknya.
Pun begitu, Cassie dalam satu tuntutan sivil yang difailkan pada Disember 2023 mendakwa bekas kekasihnya itu menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya untuk memaksa beliau menjalinkan hubungan percintaan dengannya.
Tuntutan tersebut juga mengandungi butiran terperinci berhubung penderaan fizikal yang didakwa dilakukan oleh rapper terbabit, termasuk Tindakan menendang dan memukul Cassie sehingga menyebabkan kecederaan seperti lebam dan pendarahan pada wajah.
Selain penderaan fizikal, Cassie turut menuduh Diddy melakukan penderaan seksual dan merogolnya di hadapan pengikut setia lelaki itu yang menurutnya tidak mengambil sebarang Tindakan untuk menghentikan kejadian berkenaan.
Diddy bagaimanapun menafikan segala tuduhan tersebut dan mendakwa bahawa Cassie cuba memeras ugutnya.
Pada Oktober 2018, Cassie menemui kekuatan untuk meninggalkan hubungan tersebut. Berita itu disahkan oleh wakil Cassie sendiri.
Pada Disember 2018 pula, Cassie mendedahkan percintaannya dengan bekas jurulatih peribadinya, Alex Fine selepas memuat naik gambar mereka di media sosial.
Cassie dan Alex kini menanti kehadiran cahaya mata ketiga. — Instagram/@cassie
Tahun lalu, berita agensi mendedahkan satu video memaparkan keganasan Diddy terhadap Cassie yang berlaku di sebuah hotel di mana lelaki terlibat bertindak menendang dan menolak Cassie di hadapan pintu lif hotel berkenaan.
Terbaharu, perbicaraan kes Diddy berhubung kes pemerdagangan seks bermula pada Isnin.
Susulan itu, Cassie tampil memberi keterangan pada Rabu di Mahkamah Persekutuan Manhattan yang mendakwa beliau bertindak menggunakan kekerasan dengan memukulnya semasa pesta seks Ketika di Bawah pengaruh dadah yang dikenali sebagai 'Freak Offs'
Dakwanya lagi, Diddy turut mengancam untuk memuat naik video yang menunjukkan penglibatan Cassie dangan niat untuk memusnahkan kerjayanya.
Cassie kini menjalani kehidupan yang lebih tenang dan fokus kepada keluarganya.
Pada September 2019, beliau berkahwin dengan Alex Fine dan mereka dikurniakan dua orang anak perempuan pada Disember tahun sama dan Mac 2021.
Pada Februari 2025, pasangan itu mengumumkan bahawa mereka sedang menantikan kelahiran anak ketiga. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram