Seni hiasan 'handmade' penuh jiwa, warna terang dari Afrika beri nafas baharu pada dekorasi rumah moden


  • Maya
  • Rabu, 14 Mei 2025

Dengan sentuhan buatan tangan dan inspirasi etnik yang tulen, Lerato KL memberi nafas baharu kepada dekorasi rumah moden. — Instagram/Lerato KL

DI tengah hiruk-pikuk kota dan pusat beli-belah moden terdapat satu ruang dipenuhi warna, corak dan jiwa.

Sebuah kedai menawarkan sesuatu barangan perhiasan rumah berbeza daripada kebiasaannya.

Lerato KL, terletak di Amcorp Mall, Petaling Jaya, Selangor bukan sekadar kedai dekorasi, tetapi menghidupkan setiap jiwa pengumpul barangan peribadi.

BACA LAGI: Bayar lebih tapi 'loan' rumah tak juga kurang? Ini penjelasan pakar literasi kewangan

BACA LAGI: [VIDEO] Langsir 'outdoor' persis hotel terkemuka, 'auto-blind' beri privasi di ruang dapur

Kedai tersebut menghadirkan pengalaman budaya, penghormatan kepada seni Afrika yang meriah dan penuh beremosi.

Dengan sentuhan buatan tangan dan inspirasi etnik yang tulen, Lerato KL memberi nafas baharu kepada dekorasi rumah moden dengan menyuntik elemen "colour, prints and happiness" sekali gus menyegarkan setiap ruang kediaman anda.

Nama Lerato itu sendiri berasal dari bahasa Tswana yang membawa maksud 'Lagu Jiwa Saya' dan 'Cinta'.

Ia menggambarkan dengan tepat apa yang cuba disampaikan oleh kedai tersebut iaitu satu perjalanan seni lahir daripada jiwa dan disampaikan dengan penuh kasih.

Kedai berkenaan menjual barangan buatan tangan 'African prints' meliputi barangan dekorasi, perabot dan aksesori peribadi unik.

Pemiliknya, Asiyah, merupakan individu berjiwa seni yang menyalurkan kreativiti dan semangatnya dalam setiap ruangan di kedai.

Lerato KL bukan sahaja menarik perhatian peminat rekaan dalaman, malah memikat hati artis terkenal tanah air seperti Raja Putri Atilia Raja Haron.

Dalam satu hantaran media sosial, Atilia berkongsi keterujaannya selepas membeli sebuah lampu meja kuning 'handmade' dari kedai tersebut.

"Saya telah buat kawan baharu, Asiyah. Dia sangat artsy. Segala yang ada dalam kedai sangat vibrant dan soulful,” katanya.

Selain lampu meja, beliau turut membawa pulang table runner dan kusyen untuk menghiasi rumahnya.

"Tunggu bahagian dua untuk lihat bagaimana lampshade kuning ini mencuri perhatian dalam rumah saya!” tambahnya sambil berseloroh tentang bajunya yang belum digosok.

Setiap barangan di Lerato KL adalah hasil tangan, bermaksud tiada dua barangan yang sama.

Sama ada anda mencari hiasan dalaman yang bold, aksesori bergaya etnik atau hanya ingin membawa pulang sesuatu menggembirakan hati, Lerato KL menawarkan sesuatu istimewa untuk semua. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram