
PELAKON dan pengacara, Irma Hasmie meluahkan rasa syukur apabila impian yang disemai sekian lama untuk menjejakkan kaki ke bumi Palestin akhirnya termakbul.
Menerusi satu hantaran di story Instagramnya pada Rabu, Irma berkongsi rasa sebak dan terharu atas peluang mengunjungi kaki ke tanah suci yang menjadi rebutan ramai umat Islam di seluruh dunia.
“Tanam niat memang dah lama, bertahun-tahun berdoa. Impian yang tercapai seperti mimpi. ALLAH sampaikan pada waktu yang terbaik,” tulis Irma.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Staycation' di tengah hutan batu, dekorasi ultra moden bagai berada di angkasa
BACA LAGI: [VIDEO] Kek 'home made' Kak Dack punya aura air tangan magis, lebih premium
Tangkap layar hantaran Irma menerusi 'story' di Instagramnya menunjukkan kesyukuran beliau menjejakkan kaki di bumi Palestin.
Dalam pada itu, Irma turut menitipkan, "Kalau tak pergi Palestin takkan tahu bahawa lokasi perang di Gaza, dan Gaza jauh dari Masjid Aqsa.
"Jadi Masjid Aqsa selamat untuk dikunjungi. Cuma setiap gate masuk Masjid Aqsa dijaga oleh tentera Israel."
Tambah beliau, kehadiran rakyat Malaysia amat dihargai oleh penduduk Palestin.
"Sebut sahaja Malaysia, rakyat Palestin sangat gembira dan meraikan kehadiran kita. Bagi mereka, kedatangan ke Masjid Aqsa adalah suntikan semangat untuk mereka," tulisnya lagi.
"Mereka semua merindui kehadiran rakyat Malaysia, malah mereka lagi sayang. Tak lekang doa apabila tahu kami dari Malaysia," kongsinya.
Bicara Irma, saudara Palestin mungkin kekurangan duit, tapi sifat suka bersedekah mereka terlalu melimpah ruah.
Dalam hantaran sama, Irma turut meluahkan hasrat untuk kembali semula ke sana dan kini sedang merancang perjalanan kedua ke bumi barakah itu pada November ini.
"Jujur saya cakap, doakan saya dikurniakan rezeki untuk kembali ke sana (Palestin) November ini," katanya.
Difahamkan, wanita berusia 43 tahun itu berada di bumi anbiya tersebut kira-kira dua minggu bermula pada 2 Mei sehingga 12 Mei yang turut disertai beberapa orang dari Malaysia.
Ibu kepada dua cahaya mata itu merupakan antara selebriti aktif memperjuangkan isu ummah di Syria dan Gaza. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram