
DALAM era kediaman moden masa kini, pemilik rumah semakin peka terhadap elemen praktikal dan estetik dalam menguruskan ruang kediaman termasuk kawasan luar seperti dapur basah.
Salah satu inovasi yang semakin mendapat perhatian ialah penggunaan 'auto blind' iaitu langsir automatik bukan sahaja bergaya tetapi juga berfungsi dengan efisien dalam pelbagai keadaan cuaca.
Melalui perkongsian daripada Mona, pemilik akaun Facebook @thedewis.home, kita dapat melihat bagaimana penggunaan 'auto blind' bukan lagi terhad kepada ruang dalaman, malah amat sesuai untuk kegunaan luaran rumah.
BACA LAGI: Tukar papan pemotong plastik, kuali teflon! Suri rumah kena peka ganti perkakas dapur bebas toksin
BACA LAGI: Dari usia bayi hingga remaja, ini panduan komunikasi berkesan dengan anak ikut peringkat umur
Berkongsi pengalamannya menggunakan 'auto blind' di kawasan dapur basah rumahnya, ia terbukti bukan sahaja praktikal malah tahan lama walaupun terdedah kepada hujan, panas dan juga petir.
Menurut Mona, pada awal pemasangan ada sedikit kebimbangan mengenai ketahanan 'auto blind' kerana ia dipasang di luar rumah.
Namun selepas dua tahun digunakan, produk itu masih berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah.
Penggunaan 'auto blind' seperti langsir di hotel terkemuka itu juga ternyata memenuhi jangkaan dari segi ketahanan dan kualiti.
Ia dibina menggunakan material tahan lasak dan direka khas bagi kegunaan luar, menjadikannya ideal untuk kawasan seperti dapur basah atau ruang santai yang terdedah kepada unsur cuaca.
Ruang dapur Mona bukan saja kelihatan lebih moden dan kemas dengan pemasangan 'auto blind' itu, malah turut menambah privasi kepada kediamannya.
Gabungan rekaan kabinet putih dan susun atur ruang yang terang serta terbuka menyerlahkan lagi keindahan kawasan tersebut.
'Auto blind' itu juga berfungsi secara automatik, menjadikannya sangat mudah digunakan dan menambahkan keselesaan kepada pengguna.
Pengalaman Mona menunjukkan bahawa penggunaan langsir automatik kini tidak lagi terhad untuk dalam rumah sahaja.
Dengan pilihan yang tepat seperti 'auto blind', pemilik rumah kini boleh melindungi kawasan luar dengan lebih bergaya namun tetap berkesan dalam fungsinya.
Jika anda sedang mencari penyelesaian perlindungan luar yang praktikal dan tahan lama, 'auto blind' sememangnya patut dipertimbangkan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram