Fenomena 'cake picnic' dari AS tiba di Malaysia, Ezlisa Loy, tunang teruja adun, cipta kek sendiri


  • Maya
  • Rabu, 14 Mei 2025

Ezlisa (tengah) dan tunangnya serta Elfira turut tidak melepaskan peluang untuk menyertai acara 'Cakenic' itu. — Instagram/@ezlisaloy

FENOMENA 'cake picnic' atau lebih dikenali sebagai 'Cakenic' yang popular di Amerika Syarikat (AS) kini menambat hati penggemar kek di Malaysia.

Acara yang menggabungkan elemen santai berkelah dan menguji kreativiti menghasilkan kek itu mula mendapat perhatian rakyat tempatan selepas edisi pertamanya berlangsung baru-baru ini.

Lebih menarik, antara peserta yang turut hadir pada acara tersebut ialah pelakon, Ezlisa Loy dan tunangnya.

BACA LAGI: Perkenal produk tuala wanita lestari, Nadya Okamoto pejuang isu haid dan pemerkasaan kaum Hawa sejak usia 16 tahun

BACA LAGI: 'Jangan bertengkar dengan sesiapa', wanita tertua dunia berusia 115 tahun dedah 'rahsia' panjang umur

Dalam satu hantaran di Instagram, adik kepada pelakon, Elfira loy itu berkongsi keterujaannya menyertai acara unik berkenaan.

Menurut Ezlisa, mereka berdua masing-masing menyediakan kek ciptaan sendiri.

"Acara Cakenic pertama di Malaysia. Saya suka segala-galanya tentang hari itu. Saya dan tunang sama-sama buat kek sehari sebelum acara.

"Bahagian paling menarik ialah kek bash sebab boleh cuba kek orang lain,  tetapi dalam masa lapan minit sahaja. Seronok sangat melihat semua kek yang cantik di atas meja," kongsinya.

Diinspirasikan daripada acara Cake Picnic di San Francisco, AS, yang kini menjadi fenomena media sosial, versi Malaysia ini dianjurkan oleh pengusaha Vanillicious Baking Studio, Syahirah Kasim.

Sebelum ini, acara sama pernah dianjurkan oleh beberapa pengasas pemanis mulut lain antaranya Amalina Jamil daripada jars.byaj, Nur Sarah (Baking Junkie) dan Tan U-Mae (Bitter Sweet Empire).

Melihat sambutan hangat daripada peserta dan pengunjung, penganjur kini dalam perancangan untuk menjadikan 'cake picnic' acara berkala dan menjelajah ke beberapa lokasi lain di Malaysia.

Sementara itu di San Francisco, acara asalnya berjaya menarik kehadiran ratusan peserta dengan lebih 1,300 kek dibawa untuk dikongsi bersama, sekali gus membuktikan trend ini bukan sekadar unik, tetapi juga menyatukan komuniti melalui minat yang sama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram