
SEBUAH aplikasi janji temu popular dari Jepun kini memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan mengesahkan status perkahwinan pengguna melalui rekod kerajaan, bagi mengelak individu sudah berkahwin, tetapi berpura-pura bujang.
Tapple mempunyai lebih 20 juta pengguna di negara yang sedang menghadapi krisis demografi itu memperkenalkan ciri tersebut pada Rabu.
Menurut aplikasi itu, lebih separuh daripada penggunanya melibatkan wanita dengan rekod sebanyak 69 peratus manakala golongan lelaki mencatatkan sebanyak 54 peratus meluahkan kebimbangan berhubung kejujuran pengguna-pengguna lain mengenai status perkahwinan mereka.
BACA LAGI: Kesal insiden anak gajah maut dilanggar pada Hari Ibu, 3 selebriti wanita luah rasa sebak
BACA LAGI: Pendidikan seksual bukan tanggungjawab guru semata-mata, didikan ibu bapa benteng pertama cegah HIV
Jepun kini giat mencari langkah untuk menggalakkan lebih banyak kelahiran. — Gambar hiasan/Freepik
Tinjauan tersebut juga menunjukkan bahawa 97 peratus wanita dan 83 peratus lelaki ingin memastikan sama ada individu yang berpotensi menjadi pasangan mereka sudah berkahwin atau tidak.
Justeru, ciri baharu itu direka untuk mempromosikan janji temu dan pencarian jodoh yang lebih selamat dan terjamin," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Pengguna perlu memberi kebenaran kepada aplikasi janji temu untuk mengakses portal kerajaan dalam talian.
Selepas pengesahan, akaun pengguna yang sudah berkahwin akan digantung.
Satu lagi tinjauan kerajaan negara terbit matahari itu pada Julai 2024 mendapati satu perempat daripada orang yang sudah berkahwin membabitkan usia 40 tahun atau lebih muda bertemu pasangan hidup mereka melalui talian.
Dengan mempunyai populasi tertua di dunia selepas Monaco, Jepun sedang berusaha mencari cara untuk menggalakkan lebih banyak kelahiran.
Sebagai sebahagian daripada usaha ini, kerajaan bandar Tokyo membangunkan aplikasi janji temu mereka sendiri yang memerlukan pengguna menghantar dokumen membuktikan mereka sah bujang dan menandatangani surat menyatakan bersedia untuk berkahwin. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram