[VIDEO] Fizo, adik-beradik dan isteri hadiahkan buggy elektrik buat mama, selesa 'ride' ke surau, harga tolak tepi


  • Maya
  • Selasa, 13 Mei 2025

Fizo mencuri perhatian selepas memberi hadiah buggy elektrik buat ibu tercinta.

PELAKON terkenal, Fizo Omar mencuri perhatian warganet apabila menghadiahkan sebuah buggy elektrik kepada ibunya, Hasnah Jidin bagi memudahkan pergerakan ke surau dengan lebih selesa.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Fizo berkongsi momen menyentuh hati ketika membuat kejutan kepada ibunya dengan kenderaan baharu tersebut.

Dalam video berkenaan, kelihatan Hasnah sebelum ini menggunakan skuter elektrik hampir enam tahun.

"Dah hampir enam tahun dah Tok Ma guna skuter elektrik ride lepak surau," tulis Fizo di video sambil memaparkan detik-detik manis ibunya menunggang skuter ke surau, yang kadangkala turut ditemani menantunya.

BACA LAGI: Bukan setakat 'handmade card', si kecil kongsi cara tersendiri hargai insan tersayang sempena Hari Ibu

BACA LAGI: [VIDEO] 'Jangan tinggal solat, hormati masa orang' antara pesanan ibu jadi panduan hidup

Kini, buggy elektrik yang lebih besar dan lengkap dengan bumbung pula menjadi pengganti.

Kenderaan itu juga lebih praktikal kerana boleh memuatkan lebih ramai cucu untuk menemaninya ke surau.

"Yang ni okay sikit, ada bumbung dan boleh muat cucu-cucu dia ramai sikit," tambah Fizo lagi.

Difahamkan, pembelian buggy itu merupakan hasil perkongsian bersama antara Fizo, isterinya, Fazeera Nazri dan adik-beradik lain sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang kepada ibu tercinta.

"Bukan soal harga, tetapi nilainya sebagai tanda penghargaan buat ibu," kata Fizo.

Menariknya, skuter elektrik lama yang digunakan oleh Hasnah juga merupakan hadiah daripada Fizo pada 2020.

Ketika itu, pelakon drama Pengantin Satu Malam itu sanggup mengetepikan keinginannya membeli gajet seperti iPhone 12 dan PlayStation 5 demi membahagiakan ibunya. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram