[VIDEO] 'Jangan tinggal solat, hormati masa orang' antara pesanan ibu jadi panduan hidup


  • Relaks
  • Ahad, 11 Mei 2025

Tasya Khalid (kiri) dan Yasmin Khalid (kanan) berkongsi pesanan yang pernah diberikan ibu mereka.

HARI Ibu bukan sekadar masa terbaik untuk menghadiahkan insan tersayang sejambak bunga atau kata-kata manis.

Ia adalah hari untuk kita mengingati setiap pesanan, nasihat yang dititipkan oleh seorang ibu yang selalunya kekal tersemat dalam jiwa dan menjadi panduan seumur hidup.

Bersempena sambutan Hari Ibu kali ini, beberapa pempengaruh dan selebriti tampil berkongsi nasihat paling berharga yang pernah mereka terima daripada ibu masing-masing. 

BACA LAGI: Beri sinar baharu untuk kesihatan kulit wanita, vitamin B12 bantu masalah dermatitis

BACA LAGI: [VIDEO] Hanya modal RM150, ibu 3 anak tunjuk skil DIY buat 'wall skirting'

Siti Hariesa mendedahkan nasihat ibu arwah tercinta kepadanya. 

Setiap pesanan yang dikongsikan membawa maksud tersendiri dan menjadi penggerak semangat dalam kehidupan mereka.

Bagi pempengaruh media sosial, Yasmin Khalid, ibunya sering mengingatkan bahawa dalam setiap rezeki yang kita miliki, pasti ada bahagian yang perlu dikongsi bersama orang lain. 

“Kalau kita ada rezeki lebih, walaupun tak banyak, yang penting keikhlasan kita,” katanya.

Pelakon Siti Hariesa pula mengimbas nasihat arwah ibunya yang mengajarnya untuk percaya pada hikmah di sebalik kehilangan.  

"ALLAH akan mengambil sesuatu yang baik daripada kamu untuk menggantikannya dengan yang lebih baik. Saya pegang kata-kata itu sehingga kini," katanya.

Tasha Khalid bersama ibu tercintanya.

Pempengaruh Tasha Khalid pula menekankan bahawa ibunya mementingkan penjagaan masa sejak kecil. 

"Kalau kita pergi ke mana-mana acara atau urusan, kita mesti tahu menghormati masa. Ia mencerminkan keperibadian kita," katanya.

Bagi Arisya Humaira, semangat untuk terus maju tanpa mengenal erti penat adalah antara legasi terpenting daripada ibunya. 

“Apa jua halangan, ibu pesan jangan mengalah. Teruskan sampai capai apa yang kita nak. 

"Jangan sesekali cakap ‘tak boleh’,” kata Arisya.

Bagi wanita lain, Maria Hishamuddin, ibunya sentiasa mengingatkan kepentingan menjaga solat walaupun sibuk dengan jadual harian yang padat. 

“Ibu selalu kata, kalau terlepas solat sebab kita terlalu sibuk, kita sebenarnya sedang rugi. Solat adalah keutamaan,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram