Romantiknya percutian Mimi Lana, Syafiq, siar-siar berlatarkan piramid, tunggang unta di padang pasir


  • Maya
  • Selasa, 13 Mei 2025

Pelakon yang memiliki ketinggian 178 sentimeter (cm) ini kali pertama dilihat di Mesir pada Sabtu lalu.

PELAKON jelita, Mimi Lana, sekali lagi mencuri perhatian warga maya selepas memuat naik beberapa keping gambar percutian di Mesir menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, Mimi atau nama penuhnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 30, dilihat menikmati keindahan padang pasir sambil menunggang unta bersama suami tercinta yang juga pelakon popular, Syafiq Kyle.

Pasangan tersebut kelihatan mesra dan serasi mengenakan pakaian kasual dilengkapi pelengkap gaya kepala.

BACA LAGI: Kahwin bukan sekadar cinta! Si bujang 'take note' nasihat orang berpengalaman sebelum dirikan rumah tangga

BACA LAGI: [VIDEO] Fizo, adik-beradik dan isteri hadiahkan buggy elektrik buat mama, selesa 'ride' ke surau, harga tolak tepi

Walaupun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan, Majoriti berpendapat mungkin pasangan romantik itu sedang menjalani penggambaran projek baharu di negara penuh sejarah itu.

Namun begitu, tidak kurang juga yang percaya mereka sedang menikmati momen bulan madu selepas bergelar suami isteri pada 14 Februari lalu.

Melihat beberapa hantaran di story Instagram Mimi, kelihatan peminat tempatan dipercayai pelajar di sana begitu teruja merakamkan detik pertemuan dengan pasangan selebriti itu.

Lebih menarik, ada yang menganggap momen itu sebagai pembakar semangat untuk menjalani peperiksaan akhir.

Apa pun tujuan sebenar mereka ke Mesir, sama ada untuk bulan madu, penggambaran atau kedua-duanya yang pasti kemesraan dan kebahagiaan terpancar daripada kepingan foto cukup membuatkan peminat terus mendoakan terbaik buat mereka.

Untuk rekod, Mimi dan Syafiq pernah beberapa kali melalui fasa turun naik dalam hubungan dan akhirnya disatukan dalam satu majlis pernikahan tertutup di Taiping, Perak.

Majlis tersebut hanya dihadiri keluarga terdekat dan sahabat rapat.

Mereka mula menjalinkan hubungan cinta sejak beberapa tahun lalu dan pernah bertunang sebelum mengambil keputusan untuk berpisah seketika, sebelum kembali bersama dan akhirnya mendirikan rumah tangga.  Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram