
PERCUTIAN sering dianggap sebagai perkara yang membebankan kewangan sehingga ada yang perlu menabung secukupnya sebelum meneruskan perancangan bersama insan tersayang.
Malah, ada yang menganggap percutian sebagai kemewahan yang hanya dimiliki oleh mereka yang berada sahaja.
Namun bagi VIP Pass, perkara itu adalah sebaliknya kerana sesiapa sahaja mampu berehat dan menikmati percutian menerusi travel hack.
Ini kerana VIP Pass bukan sahaja menawarkan hotel mampu milik, tetapi juga diskaun eksklusif hanya untuk ahli mereka seperti potongan untuk pusat spa dan kesihatan, bufet hotel, barangan kemas dan pakaian.
Santa Grand Signature Kuala Lumpur merupakan hotel bercirikan moden dan ringkas.
Menerusi VIP Pass, anda hanya perlu membayar harga keahlian mampu milik dan mendapat enam malam percuma di pelbagai hotel dalam negara.
VIP Pass sebenarnya bernilai RM2,093 tetapi kini mereka menawarkan VIP Pass pada harga RM599 dan tempoh sah laku selama dua tahun.
Selain enam malam penginapan hotel percuma, baucar hotel juga boleh digunakan secara sekali gus atau berasingan.
Terdapat lebih 237 pilihan hotel tempatan dan antarabangsa di seluruh negara yang boleh dipilih.
Hotel Ramada Suites By Wyndham KLCC berdekatan KLCC dan biliknya dilengkapi ruang memasak, sesuai bagi yang ingin tinggal lama.
Terbaharu, VIP Pass juga melancarkan Pakej Malaysia-Thailand yang hanya berharga RM699 dengan lebih 482 hotel di seluruh negara dan Thailand seperti Bangkok, Phuket, Pattaya, Krabi, Hat Yai, Chiang Mai dan Hua Hin.
VIP Pass membolehkan anda mendapatkan penjimatan untuk bilik hotel, kerana hanya perlu membayar kad keahlian yang menyediakan penginapan hotel percuma.
Selain itu, menjadi ahli VIP Pass juga membolehkan anda mendapat faedah dan tawaran dari pelbagai jenama terkenal hasil dari penginapan serta percutian sekali gus memberi pengalaman beli-belah yang menyeronokkan.
Untuk maklumat lebih lanjut sila layari laman web VIP Pass di www.getvippass.com. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram