SEBANYAK 12 persimpangan jalan sekitar ibu kota akan ditutup dan dialihkan secara berperingkat bermula Jumaat hingga Selasa bagi memberi laluan kepada perarakan kereta kuda sempena sambutan Thaipusam Ahad ini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, penutupan dan pengalihan laluan akan bermula pukul 9 malam dari Kuil Sri Maha Mariamman Dhevasthanam di Jalan Tun H.S. Lee, menuju Kuil Sri Subramaniar Swamy di Batu Caves, Selangor.
Antara persimpangan yang terlibat ialah Jalan Leboh Ampang/Jalan Perak, Jalan Tun Perak/Jalan Pudu, Jalan Tun Tan Cheng Lock/Jalan Sultan, Jalan Sultan/Jalan Hang Jebat, Jalan Sultan/Jalan Petaling dan Jalan Sultan/Jalan Panggung.
BACA LAGI : [VIDEO] Hanya kerana berselisih bahu, tragedi tak terduga terjadi di stesen metro Perancis
BACA LAGI : ‘Siap ada anak kecil ya ALLAH’, lelaki terkejut polis beritahu homestay dijadikan markas penyamun
Selain itu, persimpangan Jalan Sultan/Jalan Tun H.S. Lee, Jalan Hang Kasturi/Jalan Sultan Mohamed, Jalan Munshi Abdullah/Jalan Dang Wangi, Jalan Dang Wangi/Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut/Jalan Dang Wangi dan Jalan Raja Laut/Jalan Sultan Ismail juga akan terjejas.
"Pergerakan pulang akan bermula pukul 3 petang Isnin dan dijangka tiba sekitar pukul 4 pagi Selasa,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau menasihatkan orang ramai merancang perjalanan lebih awal, menggunakan laluan alternatif yang sesuai dan memberi kerjasama penuh kepada anggota polis trafik bertugas.
"Pematuhan arahan adalah penting bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan semua pihak," tambahnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
