Ingat nak sokong peniaga jalanan, pelanggan kecewa piza RM19.90 di Shah Alam macam mainan


  • Bisnes
  • Selasa, 20 Jan 2026

Gambar piza yang dibeli Ahmad Firdaus di sebuah gerai di Seksyen 9, Shah Alam. — Threads/ @zaa_fido

NIAT seorang pelanggan untuk menyokong peniaga kecil bertukar menjadi kekecewaan apabila piza yang dibelinya dianggap tidak setimpal dengan harga yang dibayar.

Menerusi satu hantaran di Threads, Ahmad Firdaus Azrain yang menggunakan nama @zaa_fido meluahkan rasa tidak puas hati selepas membeli piza gerai tepi jalan berharga RM19.90 di Seksyen 9, Shah Alam.

Menurutnya, piza yang diterima bukan sahaja kelihatan tidak menyelerakan, malah teksturnya seolah-olah tidak dimasak dengan sempurna.

BACA LAGI: Usahawan luar bandar berisiko terjejas jika harga kurier dinaikkan — DPMM

BACA LAGI: Peniaga kiosk Puchong Permai buntu gerai bawah pencawang kena roboh, harap ada rezeki lain

 

 

“Kita ni niat nak bantu peniaga jalanan. Tapi janganlah jual piza harga RM19.90 macam ni bang. Buat aniaya kat orang,” katanya.

Tambahnya lagi, piza tersebut kelihatan seperti hanya dipanaskan secara ala kadar dan disifatkan seperti 'piza mainan' yang tidak sepadan dengan harga hampir RM20.

Hantaran berkenaan turut mendapat perhatian ramai pengguna Threads yang rata-ratanya bersetuju bahawa hidangan tersebut tidak berbaloi.

Seorang netizen, @yayat00ts, mempersoalkan keadaan piza itu dengan berkata, “Kenapa macam gummy pizza?”

Seorang lagi pengguna, @chyarun, meluahkan rasa simpati sambil menyatakan, “Sedihnya kalau jadi dekat saya. Tak nampak macam edible pun.”

Malah, ada yang berkongsi pengalaman hampir sama. “Pernah dapat… order dekat Grab, lepas tu review saja,” ujar seorang pengguna lain.

Namun begitu, terdapat juga netizen yang berpendapat pelanggan seharusnya lebih berhati-hati dan menyuarakan pendapat secara terus kepada peniaga atau melalui platform penghantaran makanan.

“Ini bukan piza, ini roti letak topping piza. Harga tak nak kalah. (Peniaga) reply balik kata okay, lain kali boleh order Pizza Hut,” tulis @shafinaszaini.

Isu itu sekali lagi mencetuskan perbincangan mengenai kualiti makanan dan harga yang ditawarkan oleh sesetengah peniaga kecil, khususnya apabila pelanggan sanggup membayar lebih dengan harapan mendapat hidangan yang setimpal. — Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram