TULARdi media sosial satu rakaman gambar memaparkan seorang peniaga gerai tepi jalan berdekatan jalan Lapangan Terbang Subang, Subang Selangordidakwa tidak mengendalikan makanan dengan cara yang bersih dan selamat.
Keadaan itu sekali gus mencetuskan kebimbangan orang ramai terhadap aspek kebersihan makanan yang dijual.
Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna Threads, @m00n_am1n, yang memuat naik gambar dari belakang memperlihatkan makanan diletakkan secara terbuka tanpa perlindungan sewajarnya ketika peniaga terbabit dalam perjalanan untuk membuka gerai.
BACA LAGI:Peniaga kedai makan di Iskandar Puteri dilarang masak, mencuci di laluan belakang premis
BACA LAGI:[VIDEO] Wanita sebak lepaskan stesen minyak 18 tahun, bisnes arwah suami terhenti akibat aset beku
Menurutnya, keadaan tersebut bukan berlaku selepas selesai berniaga, sebaliknya dirakam sekitar pukul10 pagi ketika peniaga itu dalam perjalanan untuk memulakan jualan.
“Macam gitu je dia letak makanan untuk jual. Dah berapa banyak debu-debu kota melekat kat situ. Then jual, bagi orang makan. Ini bukan baru balik dari jualan, ini on the way nak pergi buka kedai. Lagipun, saya selalu nampak dia berniaga hari-hari,” tulisnya.
Tambahnya lagi, dia pernah membeli makanan daripada peniaga berkenaan sebelum ini, namun berasa kecewa selepas mengetahui cara pengendalian makanan tersebut.
"Saya dah buat repot kepada Kementerian Kesihatan," katanya lagi.
Hantaran berkenaan pantas mendapat perhatian pengguna Threads lain yang turut meluahkan rasa tidak puas hati dan kebimbangan terhadap tahap kebersihan peniaga makanan jalanan.
Seorang pengguna, Zuraini Subri, secara sinis mengulas, “Naik 4x4, plastic wrap pun nak jimat. Ish, geram orang macam ni.”
"Itu sebab status halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) penting, bukan setakat untuk label halal tapi dari segi penyembelihan dan mereka pastikan semua bersih sebersih-bersihnya," tambah Shira Shahirah.
Isu tersebut sekali lagi mencetuskan perbincangan mengenai kepentingan kebersihan dan keselamatan makanan, khususnya melibatkan peniaga kecil yang beroperasi di tepi jalan, demi menjaga kesihatan pengguna. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram
