SEORANG peniaga mualaf di Puchong meraih perhatian ramai selepas videonya dikongsikan oleh akaun TikTok Waronghunter, memaparkan tahap kebersihan cukup memuaskan di gerai jualan nasi ayam miliknya.
Menerusi video tersebut, peniaga wanita itu dilihat sangat menitikberatkan aspek kebersihan dan pengurusan makanan, termasuk memastikan ayam, peralatan memasak serta pisau sentiasa ditutup rapi menggunakan tudung saji.
Pendekatan itu secara tidak langsung menimbulkan rasa yakin dalam kalangan pelanggan terhadap kebersihan dan kualiti makanan yang dijual.
BACA LAGI: Pengguna puji Bas GO KL selesa dan murah, cadang kaedah bayaran selain Touch n Go
BACA LAGI: Dari kasut manik RM2,000 hingga keris nadir, Festival Kraf Johor himpun penggiat kraf tradisional
Perkongsian berkenaan turut tular di platform Threads, dengan rata-rata pengguna media sosial memuji sikap peniaga tersebut yang kelihatan ikhlas berniaga serta menjaga kebersihan gerainya dengan sangat teliti.
Seorang pengguna, @nurmariatulakmar, meluahkan rasa kagum dengan kesopanan peniaga terbabit.
“Sukanya dengar akak ni cakap, nampak ikhlas betul berniaga, bersih pula tu. Peniaga macam ni yang patut kita support. Sejuk hati je tengok,” ujarnya.
Selain itu, pengguna lain, 1376lilialhajj, turut berkongsi pengalaman positif menikmati hidangan di gerai tersebut.
“Benar-benar satu pengalaman yang luar biasa! Kebersihan peralatan sangat cemerlang, semuanya berkilat dan membuatkan pelanggan berasa yakin serta selamat.
"Rasa yang autentik dengan penggunaan bahan segar, tahap kebersihan dan susun atur yang kemas seolah-olah menjamu selera di restoran bertaraf fine dining, namun dengan sentuhan mesra poket dan inovatif. Penilaian 10/10,” katanya.
Sementara itu, acacoy pula menegaskan bahawa tahap kebersihan yang ditunjukkan amat meyakinkan pelanggan.
“Pisau pun tutup pakai tudung saji, memang terbaiklah. Ayam pun bertutup, insya-ALLAH bersih. Moga terus sukses,” tulisnya.
Fenomena itu sekali lagi membuktikan bahawa kebersihan dan keikhlasan dalam berniaga bukan sahaja meningkatkan kepercayaan pelanggan, malah mampu menjadi faktor utama kejayaan sesuatu perniagaan, khususnya dalam industri makanan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
