Penjawat awam di KL, Putrajaya dan Labuan dapat cuti ganti pada 2 Februari


  • Massa
  • Khamis, 08 Jan 2026

Kakitangan awam yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan diberi satu hari kelepasan am gantian pada 2 Februari ini susulan pertindihan Hari Wilayah Persekutuan dan Thaipusam yang jatuh pada Ahad.

KAKITANGAN awam yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan diberikan satu hari kelepasan am gantian pada 2 Februari ini susulan pertindihan sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan Thaipusam yang jatuh pada Ahad (1 Februari).

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa penetapan tersebut dibuat selaras dengan Seksyen 2 Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).

Menurut JPA, bagi pegawai perkhidmatan awam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, walaupun Hari Wilayah Persekutuan dan Thaipusam jatuh pada tarikh yang sama, pegawai hanya akan menikmati satu tundaan Hari Kelepasan Am pada hari berikutnya iaitu Isnin, 2 Februari.

BACA LAGI: Cuti sekolah lebih lama tahun depan, ibu bapa sudah boleh rancang percutian keluarga awal

BACA LAGI: ‘Saturday Midnight Sale’ tarikan dimensi terbaharu Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia di Johor

Sementara itu, bagi pegawai perkhidmatan awam yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan Labuan, tundaan Hari Kelepasan Am bagi Hari Wilayah Persekutuan yang jatuh pada 1 Februari turut ditetapkan pada 2 Februari.

Dalam pada itu, JPA menjelaskan bahawa penetapan cuti gantian seperti yang dinyatakan dalam siaran media bertajuk 'Cuti Umum Sempena Perayaan Thaipusam dan Hari Wilayah bagi Pekerja Swasta pada 1 Februari 2026' yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia pada Disember 2025 adalah tidak terpakai kepada pegawai perkhidmatan awam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram