PENGGUNA platform e-dagang disarankan supaya lebih peka terhadap pemilihan kata kunci ketika membuat carian barangan, susulan dakwaan bahawa istilah tertentu boleh mempengaruhi harga produk yang dipaparkan.
Perkara itu tular di media sosial selepas seorang pengguna di Threads, @racun_saudagar mendakwa barangan yang sama boleh muncul pada harga berbeza hanya kerana penggunaan kata kunci berlainan.
Menurutnya, apabila pengguna menaip kata kunci seperti 'Baju Nikah' atau 'Wedding Dress', sistem carian cenderung memaparkan produk pada harga lebih tinggi.
BACA LAGI: Lambakan 'food fest' hilangkan 'hype', ramai peniaga anggap kos tapak mahal tak balik modal
BACA LAGI: 'Kami bukan pemilik bisnes', pekerja 'makan gaji' terkejut terima notis bayaran cukai CP500

Pengguna dinasihatkan supaya menggunakan pelbagai variasi kata kunci sebelum membuat pembelian secara online. — Gambar hiasan/ Freepik
Ia berbanding carian menggunakan istilah alternatif dalam bahasa Inggeris seperti 'White Dinner Dress' atau 'Bridesmaid Dress', walaupun produk, kain dan reka bentuk adalah sama.
"Keyword adalah raja. Korang taip 'Baju Nikah', harga keluar RM300. Tapi cuba tukar keyword jadi 'White Dinner Dress' atau 'Bridesmaid Dress' harga jadi RM59 saja.
"Algorithm ni 'bias'. Apabila ada perkataan 'Kahwin' atau 'Wedding', dia automatik tunjuk yang mahal," katanya.
Situasi itu bukanlah manipulasi harga secara langsung, sebaliknya berkait dengan cara algoritma platform berfungsi.
Algoritma carian lazimnya mengutamakan kata kunci berasaskan niat pembelian (purchase intent).
Istilah seperti 'kahwin' atau 'wedding' sering dikaitkan dengan acara penting dan bajet lebih tinggi, menyebabkan penjual meletakkan harga premium serta platform memaparkan produk berharga lebih mahal terlebih dahulu.
Fenomena sama turut dilihat dalam kategori barangan rumah seperti carian menggunakan istilah 'Study Table' memaparkan meja pada harga lebih tinggi berbanding carian menggunakan kata kunci seperti 'Industrial Desk' atau 'Work Desk', walaupun fungsi dan reka bentuk hampir serupa.
Sehubungan itu, pembeli dinasihatkan supaya menggunakan pelbagai variasi kata kunci, mencuba istilah umum dan istilah alternatif, membandingkan harga dan spesifikasi sebelum membeli secara online.
Pendekatan tersebut bukan sahaja membantu pengguna mendapatkan harga lebih kompetitif, malah mengelakkan pembelian berasaskan persepsi semata-mata. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
