Tidak perlu jadi paling murah, strategi jualan 'harga runtuh' boleh bunuh perniagaan


  • Bisnes
  • Rabu, 31 Dis 2025

Ramai peniaga menawarkan harga jualan murah untuk bersaing dengan bisnes lain. — Gambar hiasan

DALAM dunia perniagaan, ramai usahawan beranggapan bahawa untuk memastikan jualan berjalan lancar, mereka perlu menjual produk pada harga yang paling rendah.

Namun, kenyataan sebenar adalah bahawa strategi tersebut boleh membawa padah yang besar dan akhirnya merosakkan perniagaan itu sendiri.

Seorang pengguna Threads, @afiqahsyafiqah berkongsi antara kesilapan besar yang sering dilakukan oleh peniaga ialah khuatir tidak mencapai volume jualan.

BACA LAGI: Ditutup kerana kotor, gerai pecal lele 'lejen' kini berwajah baharu tapi isu kebersihan jadi fokus pelanggan

BACA LAGI: Pelajar perubatan jadi 'keto baker' hasilkan manisan karbo rendah tanpa risau gula naik

"Jangan bertanding 'jadi paling murah’. Ramai peniaga rasa kalau nak jualan jalan, kena jadi paling murah. Hakikatnya, itu cara paling laju untuk bunuh bisnes sendiri.

"Jangan takut dengan orang yang kata kita mahal. Tak semua orang pelanggan kita dan itu normal," katanya.

Perkara itu dipersetujui @bysyaihamal yang memberikan sebab dalam apa jua kerja dan bisnes sekali pun, peniaga kena ada ilmu dan nilai untuk meletakkan diri mereka di tempat tersendiri.

"Ramai yang masuk 'panic mode' sampai sanggup kejar volume walaupun margin nipis sangat. Nampak macam strategi, tapi tak semua bisnes sesuai buat volume game. Kalau tak kuat dari segi operasi, kualiti dan aliran tunai, lama-lama makan diri juga.

"Bila ada yang jual terlalu murah, orang mula banding harga saja sedangkan kos, komitmen, material dan workmanship setiap jenama tak sama," kata @afiqahsyafiqah di ruangan komen.

"Peniaga kena percaya dan yakin dengan produk sendiri. Kalau sedap dan berkualiti mahal pon orang tetap beli," komen @shieracrepe.

Ujar @afiqahsyafiqah lagiapabila peniaga yakin dengan produk, jaga kualiti dan konsisten, pelanggan akan bayar untuk nilai, bukan semata-mata harga.

"Orang yang rasa sendiri pengalaman dan kepuasan, dia akan repeat tanpa perlu kita ‘turun harga’ pun.

"Jual murah semata-mata nak orang beli memang nampak menang sekejap tapi kalau sampai tak ada margin, tak jaga kualiti, tak jaga bisnes, akhirnya buat diri sendiri penat," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram