[VIDEO] Nasi lemak bilis RM3 dikatakan mahal, peniaga 'awkward' berdepan pelanggan mulut puaka


  • Bisnes
  • Khamis, 25 Dis 2025

Tangkap layar video tular memaparkan peniaga nasi lemak berdepan pelanggan yang menjengkelkan. — Threads

 

SEORANG peniaga nasi lemak di Sabah berdepan situasi menjanggalkan apabila pelanggannya mengeluarkan kata-kata kurang menyenangkan ketika dia menjalankan perniagaan.

Menerusi satu video yang tular di Threads, peniaga wanita itu didatangi seorang pelanggan di gerai nasi lemaknya dengan bertanyakan harga jualan.

Peniaga tersebut dengan nada suara yang lembut menjelaskan nasi lemak ikan bilis dijual pada harga RM3 manakala nasi lemak ayam dan kerang masing-masing RM4.

BACA LAGI: Tiada lagi bil fizikal, MPS guna WhatsApp hantar bil cukai taksiran mulai Jun 2025

BACA LAGI: Disember rekod perbelanjaan kad kredit tertinggi sejak 2019, waspada risiko hutang 'senyap'

 

 

Pelanggan berkenaan kurang berpuas hati dengan harga jualan kerana berasakan ia mahal, namun tetap membeli tujuh bungkus nasi lemak ikan bilis

"Mahal juga kau jual, (nasi lemak) sikit saja. Terlalu mahal terus terang cakap sebab ikan bilis pun RM35 sekilogram.

"Nak tegur sikit lah, memang kita cari untung tapi tetapi berpada-pada meletakkan harga jualan" katanya.

Dia kemudian memberikan not kertas RM50 untuk membayar nasi lemak sebelum meminta diskaun RM1 bagi pembelian tujuh bungkus nasi lemak yang berjumlah RM21.

Namun peniaga itu tetap memulangkan baki RM29 seperti yang sudah dikira

Secara tiba-tiba, pelanggan terbabit mengeluarkan komen, "tidak murah hati kau sebelum dibalas dengan mengatakan bahawa dia hanyalah menjalankan perniagaan."

"Walaupun bisnes, kadang-kadang kita mahu tarik pelanggan kan," tambah wanita tadi lagi.

Terkesan dengan kata-kata itu, peniaga terbabit terus memulangkan baki RM30 namun ditolak pelanggan tersebut dengan mengatakan dia tidak ikhlas berbuat demikian

Insiden itu menjadi pengajaran bahawa dalam menjalankan perniagaan, peniaga tetap mengekalkan profesionalisme walaupun berdepan kata-kata kurang menyenangkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram